Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Setahun Kepimpinan PTD Ke-30: Sinergi 3M Teras Kecemerlangan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menyampaikan amanat beliau sempena setahun pemerintahannya bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 26 Sep 2024.

Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJ TD), Mej Jen Dato’ Hassan Embong yang mengetengahkan pencapaian dan inisiatif utama yang dicapai sepanjang setahun pemerintahan PTD Ke-30 selain turut menekankan peranan penting TD dalam menjayakan misi dalam dan luar negara.

Dalam amanatnya, PTD menekankan kembali kepentingan Konsep Sinergi 3M iaitu Men, Mesin, dan Metode sebagai asas kepada kejayaan organisasi.

“Sinergi ini menuntut penglibatan semua anggota dalam memperkukuh keupayaan sumber manusia, penggunaan teknologi terkini serta pendekatan sistematik dalam melaksanakan tanggungjawab,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi erat antara semua lapisan anggota adalah kunci utama untuk memastikan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Majlis diakhiri dengan sesi dialog bersama PTD membolehkan pegawai kanan dan panglima berkongsi pandangan secara langsung selaras dengan hasrat PTD untuk memperkukuh komunikasi dan keterbukaan dalam organisasi.

Terdahulu, PTD telah menyempurnakan acara Penyampaian Pisau Tempur Pegawai Kanan TD kepada 29 penerima di Lapang Sasar Tertutup 25M, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) sebagai simbol pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan mereka dalam menjalankan tugas terutamanya misi-misi operasi serta latihan tempur.

Bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan negara, PTD bersama warga TD mengimarahkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Staf 1 Agama MK TD, Lt Kol Satar Sudin.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online