2 DivSemasa

Sumbangan Kepada Veteran ATM

KEDAH: Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Ke-84, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menziarahi Sjn (B) Ahmad bin Md Isa (3122) di rumah beliau pada 3 Okt 2017.

Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan peribadi PAT kepada Sjn (B) Ahmad Md Isa yang telah berpencen wajib pada tahun 1968 sebagai mengenang jasa serta pengorbanan beliau yang telah berkhidmat selama 21 tahun dan unit terakhir adalah Pasukan Gerak Khas Malaysia (PGKM) atau Malaysia Special Service Unit (MSSU) yang mana sekarang lebih dikenali sebagai Gerup Gerak Khas dan beliau kini menjangkau usia 90 tahun.

Dalam pada itu, veteran tersebut merasa sungguh terharu di atas kunjungan serta penyampaian sumbangan tersebut yang mana jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak pernah dilupakan oleh pucuk pimpinan tertinggi ATM.

Beliau juga turut mendoakan agar ATM akan terus disanjung serta dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara daripada ancaman pihak musuh.

Turut hadir, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Ismail, Pengarah JHEV Negeri, Lt Kol Ahmad Rosdi TUDM dan Yang Di-Pertua Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Zon Utara, Sani Osman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online