3 DivSemasa

KAD Challenge Medan Latihan Gunnery Warga Pemerintahan Arti 3 Div

MELAKA: Pertandingan Komander Artileri Divisyen (KAD) Challenge telah dianjurkan oleh Pemerintahan Artileri Divisyen 3 Divisyen bertempat di sekitar Lapang Sasar Gemas pada 23 Nov 2017.

Pertandingan tahunan yang diilhamkan sendiri oleh KAD Arti Div 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh telah disertai oleh rejimen-rejimen di bawah pemerintahan Arti Div 3 Div seperti 2 RAD, 4 RAD, 21 RAD, tim dari MK Arti Div dan 1 RAD (Para) sebagai tim jemputan.

Setiap tim disertai oleh seorang pegawai dan empat anggota Lain-Lain Pangkat dimana peserta-peserta diuji dalam latihan pandu arah dengan menaiki kenderaan 3 ton sambil menarik water trailer 250 galloon, melalui tiga checkpoint di mana peserta-peserta harus menyiapkan tugasan-tugasan ditetapkan seperti mengisi air di dalam water trailer, mengisi dan membawa 1 x water jerry can 20 ltr, membawa dua buah tayar meriam 105 mm dan memasang tayar tersebut kepada meriam 105 mm PH L5, membawa dua butir peluru 105 mm dan akhirnya melaksanakan tembakan langsung (direct shoot) meriam 105 mm PH L5 ke atas sasaran ditetapkan.

KAD 3 Div semasa ucapan penutup pertandingan mengucapkan syabas kepada tim-tim yang telah berjaya dan mengharapkan agar tim-tim yang tidak berjaya berusaha lagi pada tahun hadapan. Beliau juga menyatakan pertandingan yang dijalankan ini bukan semata-mata untuk pertandingan sahaja tetapi lebih kepada untuk melatih pegawai dan anggota yang terlibat dalam aspek-aspek perintah dan kawalan, panduarah, semangat berjuang dan berpasukan serta latihan kemeriaman (gunnery).

Johan KAD Challenge 2017 telah disandang oleh tim dari 21 RAD yang diketuai oleh Kapt Emad Taharn@Taha, manakala tim dari MK Arti Div telah membuat kejutan dengan memperolehi tempat ke-2.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button