SemasaTrup TD

Brig Jen Datuk Hasan Panglima 21 GGK Baharu

JOHOR: Brig Jen Datuk Hasan Ali secara rasmi menggalas tugas dan tanggungjawab selaku Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) yang baharu daripada Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim dalam satu upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 21 GGK bertempat di padang Kawad Markas 21 GGK pada 23 Nov 2017.

Perbarisan yang terdiri daripada Kontijen Tempur, Kontigen Bantuan Tempur dan Kontijen Bantuan Khidmat diketuai oleh Kol Nubli Hj Hashim Muhammad turut dilaksanakan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa telah dilaksanakan di perkarangan pentas dengan disaksikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Mej jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Rejimen Gerak Khas.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button