Semasa

KKU 1 RAMD Beri Tabik Hormat Kepada Gabenor Jeneral New Zealand

KUALA LUMPUR: Seramai 4 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terlibat dalam sambutan negara dengan mengadakan Kawalan Kehormatan Utama sempena Lawatan Rasmi Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Reddy bertempat di Parlimen Negara pada 6 Dis 2017.

Sambutan negara ini dimulakan dengan ketibaan Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Reddy dan KDYMM SPB YDP Agong XV, Sultan Muhammad V telah bercemar Duli untuk berangkat dalam istiadat sambutan negara di perkarangan Parlimen dan turut disambut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudiannya diperkenalkan kepada Ahli-Ahli Kabinet dan para Duta Asing serta Pesurujaya Tinggi Negara Asing ke Malaysia.

Kawalan Kehormatan Utama ini diketuai oleh Mejar Mohd Eqram Mohd Rosli, Kapt Zaidi Seman sebagai Sabaltan dan Pegawai Pembawa Panji-Panji KDYMM SPB YPD Agong adalah Lt M Muhammad Asyraf Zulkifli dan Pegawai Pembawa Panji-Panji Rejimen adalah Lt Muda Muhamad Nazrin Nor Azman serta diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dipimpin oleh Pengarah Muzik, Mej (DOM) Muhammad Nor Azizan Yahya disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja Istiadat.

Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Reddy kemudian diberikan penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online