Bersama PemimpinSemasa

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR:  Seramai 12 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 19 Sep 2018.

Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin yang dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) dan  empat lagi pegawai kanan berpangkat Kol dinaikkan pangkat Brig Jen di dahului oleh Kol Hj Mustaffa Hj Othman, Kol Mohd Rawa Hj Seman, Kol (Dr) Hj Mohamed Hatta Hj Manis dan Kol Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli.

Majlis diteruskan dengan seorang pegawai kanan berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol iaitu Lt Kol Hashim Osman manakala lima lagi pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol dan seorang pegawai Askar Wataniah turut dinaikkan pangkat Lt Kol (AW).

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bagi menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi serta menaikkan lagi imej TD.

Turut hadir Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar,  AKS CSM, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Pengarah Perubatan BPK, Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online