Semasa

HUT AW Ke-66 Beri Peluang 388 Anggota Diserap ke Angkatan Tetap

PERLIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (Rej 504 AW) mencemar duli menghadiri Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Wataniah Ke-66 (HUT AW Ke-66) di Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri pada 29 Jun 2024.

Keberangkatan Pemangku Raja Perlis disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD),
Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan sebelum menerima tabik hormat daripada Ketua Perbarisan, Lt Kol Ismail Ibrahim dari Rej 504 AW.

Perbarisan melibatkan enam detasmen terdiri daripada 37 pegawai dan 440 anggota Lain – Lain Pangkat (LLP) Sukarela dari Rej Siri 500 AW dan anggota Pertugasan Sepenuh Masa (PSM) dari seluruh Malaysia.

Sambutan ulang tahun kali ini lebih menarik apabila acara Tadbir Sumpah dan Pemakaian Beret Anggota AW yang diserap ke Angkatan Tetap dilaksanakan serentak dengan HUT AW Ke-66.

Seramai 388 anggota AW telah diserap keangkatan tetap yang telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-66 pada 21 Mac 2024.

Sambutan ini diadakan untuk memperingati penubuhan Rej AW secara rasmi pada
1 Jun 1958 yang membawa cogan kata ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan berperanan sebagai barisan pertahanan kedua selepas angkatan tetap yang boleh diaturgerak pada bila-bila masa diperlukan selain menerapkan elemen Whole of Goverment of Society (WoGoS) yang memberi pendekatan dimana agensi Perkhidmatan Awam dapat bekerjasama membangunkan dasar integrasi untuk mencapai matlamat bersama.

Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) TD juga mengalakkan orang ramai khususnya golongan belia untuk menyertai AW bagi menzahirkan semangat cintakan negara serta memperkasakan lagi struktur pertahanan negara yang dikasihi ini.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui media sosial atau portal rasmi Askar Wataniah Malaysia di http://aw.army.mil.my.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Brig Jen (Kehormat) Mohd Shukri Ramli, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab dan ahli JAKPAW serta pegawai dari pelbagai agensi awam Negeri Perlis.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online