Semasa

6 Bgd Sertai Pameran Kerjaya

KEDAH: Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) telah menyertai pameran kerjaya anjuran Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) sempena Karnival Akademik Tahunan Siri 2015/2016 yang disempurnakan oleh Pengarah KMK, Tuan S.A Abbas Saad pada 3 Dis 15 bertempat di Dewan KMK, Changlun.

Turut dipamerkan dalam pameran yang bertujuan untuk mencetuskan dan mewujudkan kreativiti serta inovasi dikalangan pelajar ini, adalah struktur dan peranan organisasi ATM amnya dan TD khasnya disamping mempromosikan profesyen tentera kepada pelajar-pelajar, pengambilan Askar Wataniah (AW) oleh Rej 513 AW dan pameran etika pemakaian ketenteraan oleh 6 KOD.

Pameran yang berlangsung selama satu hari ini telah mendapat sambutan seramai 1000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar KMK. -Kapt Mohamad Mohd Nor-


 

Gambar : Ehsan Cwg Risik 6 Bgd

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online