Tag: 6 BGD

  • Eksesais SATRIA PERKASA Mantapkan Kesiagaan TD

    Eksesais SATRIA PERKASA Mantapkan Kesiagaan TD

    Penduduk Felda Bersia, Gerik dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan bertubi-tubi seawal jam 0650 pagi pada 10 Mac 2019. Ada yang bertempiaran lari keluar dari rumah bagi melihat sendiri apa yang sedang berlaku di felda mereka pada pagi itu. Ada juga yang mengambil peluang cuba merakam mengunakan telifon bimbit akan  situasi dan keadaan ketika itu bagi tujuan menjadi wartawan terawal mengetahui hal demikian.  Masing-masing tertanya-tanya samada berlaku serangan atau sudah berlaku peperangankah di kawasan mereka. Apakah pisang sudah berbuah dua kali di mana peristiwa di Felda Sahabat, Lahat Datu berulang kembali dan kini terjadi di Felda Bersia pula? Beberapa hari sebelum itu penduduk felda berasa hairan dengan kehadiran ramai anggota tentera bersama aset-aset tentera ke kawasan mereka yang mana sebelum ini jarang-jarang untuk melihat abang-abang tentera melintas di felda mereka.

    Akhirnya pertanyaan penduduk setempat berkenaan letupan dan tembakan yang kedengaran itu terungkai setelah mengetahui ianya adalah satu latihan dari Tentera Darat (TD) yang melakukan  serangan fasa akhir oleh pasukan 6 Briged (Bgd) ke atas pertahanan musuh yang menjadikan Felda Bersia sebagai kubu terakhir musuh.

    Eksesais SATRIA PERKASA 6 Bgd Tahun 2019 merupakan Latihan Medan kesinambungan dari Eksesais EAGLE BAKTI peringkat 2 Div serta Eksesais SATRIA GAGAH 6 Bgd Tahun 2017. Eksesais ini merupakan latihan yang dikawal sepenuhnya oleh MK 2 Div yang berpangkalan di Kawasan Am Kuala Kangsar serta melibatkan Kumpulan Tempur 6 Bgd sebagai pelaku utama dan dibantu oleh Trup Div, Medan dan TD dalam melaksanakan Operasi Konvensional dalam Fasa Ofensif.

    Objektif eksesais adalah untuk mengukur keupayaan operasi tempur ketumbukan 6 Bgd dalam Peperangan Konvensional yang beroperasi sebagai sebuah pasukan gabungan (combined arms) serta keupayaan fungsi pemerintah dan staf dalam perancangan, kawalan aturgerak dan pelaksanaan operasi ofensif. Selain itu, ianya juga untuk menilai aplikasi Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) di setiap peringkat pemerintah berdasarkan doktrin, ARTEP dan PROTAP formasi selain dapat meningkatkan kemahiran staf dan pemerintah merancang keperluan tadbir serta logistik terutama melibatkan KSB.

    Pada kali ini TD telah melaksanakan dua latihan medan secara serentak di peringkat Briged (Bgd) iaitu di Medan Barat oleh Formasi 6 Bgd dan di Medan Timur oleh Formasi 3 Bgd bagi menilai keupayaan Operasi Tempur dan Logistik.

    Eksesais SATRIA PERKASA 6 Bgd telah bermula dari Sungai Siput, Kuala Kangsar hingga ke Gerik, Perak melibatkan kekuatan seramai 164 pegawai dan 3,248 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) manakala Eksesais SATRIA PERKASA 3 Bgd dilaksanakan di sekitar kawasan Lundu, Bau, Puncak Borneo, Tebedu, Mongkos dan Engkabang melibatkan 111 pegawai dan 2,086 LLP.

    Pembukaan eksesais bagi formasi 6 Bgd  dan penutup eksesais bagi formasi 3 Bgd disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

    Manakala pembukaan eksesais  bagi formasi 3 Bgd dan penutup eksesais bagi formasi 6 Bgd disempurnakan oleh TPTD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah. 

    Latihan yang bermula dari 1 hingga 10 Mac itu juga bersempena dengan sambutan Hari TD Ke-86 pada tahun ini yang disambut dengan pelbagai acara yang diadakan di Ladang Kamuning, Sungai Siput, Perak.

    Terdahulu dari itu dalam ucapan PTD semasa Perbarisan Tempur Hari TD Ke-86 pada 1 Mac 2019, beliau mengingatkan kepada semua warga TD supaya memberi sepenuh tumpuan, komitmen dan tidak berlakon dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi.

    Beliau turut menegaskan bahawa semua anggota tentera bekerja 24 jam, maka utamakanlah tugas dan kerjaya tentera bukan tempat untuk mencari kekayaan atau mengejar kemewahan.

    Disamping itu beliau mahukan peluang dan ruang semasa melaksanakan Eksesais SATRIA PERKASA digunakan untuk berlatih sebagai satu kumpulan untuk berperang, bukan untuk demonstrasi semata-mata.

    “Kita juga ingin melihat sejauh mana kelengkapan yang telah diberikan, diguna pakai dengan elok dan saya mengatakan ini sebab saya hendak buktikan bahawa tentera ini kerjanya berlatih.

    “Semua peringkat warga perlu ada pemikiran membudayakan latihan sama ada fizikal, mental dan rohani serta jadikan sebagai gaya hidup sihat tentera untuk memantapkan lagi jati diri,” kata PTD.

    Garis panduan serta prinsip-prinsip yang dicatatkan dalam Doktrin/Manual Latihan TD perlu dipatuhi dan hanya dengan cara itu, penilaian yang tepat serta kelemahan sebenar dapat dikenal pasti dalam eksesais kali ini kerana penjajaran yang bakal dilakukan kelak tertakluk kepada hasil post mortem eksesais.

    Secara keseluruhannya eksesais ini merupakan satu latihan kepada warga TD untuk meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan sebagai anggota terlatih bagi mengekalkan kredibiliti dan kesiagaan TD. Apa yang terjadi semasa latihan hendaklah dijadikan pedoman dan panduan taktala berhadapan sengan situasi sebenar. Ditambah pula tahun 2019 merupakan tahun latihan dan penjajaran yang perlu diterjemahkan secara pro-aktif kearah memastikan TD terus unggul menggalas amanah yang diberi.

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon


    [custom-facebook-feed album=2574263635935869]

  • Majlis Berbuka Puasa Warga 6 Bgd Zon Alor Setar

    KEDAH: Seramai 42 pegawai dan 452 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama keluarga dari 6 RAMD, 6 PI Bekalan dan Rej 513 (AW) terlibat Majlis Berbuka Puasa Warga 6 Bgd Zon Alor Setar bersama Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail dan isteri di Dewan Makan Pasukan 6 RAMD pada 11 Jun 2018.

    Terdahulu ketibaan Panglima dan isteri disambut mesra oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Abdul Rani Abd Majid dan isteri.

    Majlis yang diadakan ini merupakan acara tradisi setiap tahun bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga 6 Bgd Zon Alor Setar disamping itu, Panglima juga turut mengambil peluang untuk berjumpa dengan anggota disemua peringkat sebelum pulang bercuti di hari raya.

    Gambar: LKpl Ikmal Hafiz Md Yusof

  • PTD Berbuka Puasa Bersama Anggota Di Kawasan Operasi

    KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada Warga 4 Rejimen Sempadan (RS) di Dewan Makan Kem Gubir pada 8 Jun 2018.

    Terdahulu ketibaan PTD disambut oleh Lt Kol Meor Rashidi Rashid di perkarangan Padang MK Taktikal Kem Gubir.

    Majlis dimulakan dengan acara penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada warga 4 RS dan sesi beramah mesra seterusnya berbuka puasa sebelum menunaikan solat  Mahgrib di Surau An-Nur.

    Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan bahawa acara yang diadakan ini merupakan salah satu wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim diantara seluruh anggota disamping meningkatkan lagi amalan serta taqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

    Selain itu, beliau juga memberi peringatan agar tidak sekali-kali mengambil sikap sambil lewa dalam aspek keselamatan sama ada di dalam kawasan kem mahupun di kawasan operasi.

    “Adalah menjadi kewajipan kita dalam menentukan tahap kesiagaan dan keselamatan berada di tahap yang tinggi pada sebilang masa kerana ancaman serta cabaran keselamatan tetap ada dan ia tidak boleh sekali-kali dipandang ringan,”jelas beliau.

    Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail.

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

  • Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan

    KEDAH: Seramai 500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), Ahli BAKAT serta Veteren Angkatan Tnetera Malaysia (ATM) hadir dalam Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan peringkat 6 Bgd di Dewan Serbaguna, Kem Lapangan Terbang pada 2 Mei 2018.

    Program ini telah disempurnakan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Haji Ismail seterusnya sesi tayangan video hala tuju MINDEF serta taklimat/penerangan berkaitan program agenda blueprint perumahan oleh kementerian pertahanan yg telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan MKTD Cawangan PMP, Kol Mustaffa Hj Othman.

    Semua teras perumahan merupakan salah satu agenda yang terkandung di dalam hala tuju MINDEF dan ianya diketuai oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan juga Setiusaha Pembangunan Kementerian Pertahanan, Datuk Parang Abai @ Thomas.

    Gambar: Pbt Mohamad Zulkhairi Mohamad Don

  • Program Jiwa Murni Erat Hubungan

    KEDAH: Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) dan Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA, Jitra pada 27 Apr 2018.

    Program ini diadakan bertujuan untuk memberi bantuan rawatan kepada penduduk setempat selain mengeratkan hubungan diantara pihak tentera dan awam.

    Program ini mendapat sambutan yang positif kerana seramai 296 orang penduduk kampung hadir ke program ini bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan terutamanya golongan warga emas.

    Sebanyak lima jenis rawatan yang diberikan dalam program ini antaranya Pemeriksaan Mata, Pemeriksaan Kesihatan/Pergigian, Klinik Rehabilitasi, Pemeriksaan Body Fat dan Home Visit Fisioterapi.

    Selain itu program ini juga mengadakan pameran bertujuan untuk menyedarkan masyarat pentingnya menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian.

    Turut Hadir Timb MENHAN, Dato’ Seri Mohd Johari Baharom.

    Gambar: Mej (Dr) Ainul Arina Asli

  • MMR 6 Bgd Sempena HUT TD Ke-85

    KEDAH: Seramai 140 pegawai serta pasangan di bawah naungan Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) hadir Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) bersempena Hari Tentera Darat Ke-85 dan Hari Ulang Tahun 6 Bgd Ke-48 yang diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani pada 3 Mac 2018.

    MMR ini diadakan bertujuan bagi mengekalkan tradisi serta nilai rejimental di peringkat formasi selain meraikan pegawai-pegawai yang bertukar masuk atau keluar.

    Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Haji Ismail menyempurnakan upacara pemotongan kek serta mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Majlis MMR ini.

    Gambar: LKpl Abdul Wahab Husin dan Pbt Khairul Anwar Hazwan MD Sadzali

  • Keluarga OKU 6 Bgd Terima Sumbangan

    KEDAH: Seramai tiga pegawai dan 124 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) warga 6 Briged telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah dalam Majlis Ramah Mesra Dan Penyampaian Sumbangan Barakah  di Kedah Volunteer Hall (KVH), Sungai Petani pada 23 Jan 2018.

    Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan warga 6 Bgd yang terdiri daripada anggota tentera serta keluarga yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga anggota tentera yang berstatus ibu tunggal.

    Wakil Kerajaan Negari Kedah yang juga Adun Tanjung Dawai, Dato Hj Tajul Urus Hj Mat Zaini menyampaikan sumbangan Barakah kepada penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail.

    Selain itu, majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Warga 6 Bgd amnya, Tentera Darat khasnya dengan Kerajaan Negeri Kedah.

    Gambar: Pbt Thinesh Paramasivam

  • 41 Tamat Kursus TTS

    KEDAH: Seramai 41 penuntut kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) berjaya menamatkan kursus dalam Majlis Penutup Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 4/2017 yang disempurnakan oleh Ketua Staf 6 BGD, Lt Kol Mohd Yusoff Nor bertempat di Padang TTS Kompeni Keenam Kor Polis Tentara Diraja (6 KPTD), Kem Lapangan Terbang Sungai Petani pada 14 Nov 2017.

    Dalam majlis tersebut Ketua Staf 6 Bgd telah menyampaikan anugerah kepada Penuntut Keseluruhan Terbaik yang disandang oleh Kpl Mohd Ismail Mohd Nor dari pasukan 18 RAMD (PARA), Penuntut Jasmani Terbaik disandang oleh Pbt Bruce Mined dari pasukan 72 Bn KPD dan Penuntut Ketabahan Terbaik disandang oleh Sig Mohamad Azfarhan Mohd Azman dari pasukan 6 SSD.

     

  • Bengkel Pengguna WRB Base (NC2) Sistem P4 Tahun 2017

    PULAU PINANG: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) melalui Sel P4 MK menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna Web Base (NC2) Sistem P4 Tahun 2017 yang bermula pada 27 Nov hingga 30 Nov 2017 di MK 2 Div cawangan P4.

    Bengkel yang dianjurkan khusus untuk staf dan pengguna-pengguna Sistem P4 Darat naungan formasi 2 Div untuk memberi pendedahan dan latihan mengenai cara-cara pengendalian sistem ini semasa operasi dan latihan.

    Penglibatan peserta bengkel seramai 40 orang, terdiri daripada formasi 2 Bgd, 6 Bgd, 8 Bgd dan 30 Bgd yang terdiri dari Pegawai Operasi/Gerak, Staf gerak, Staf risik termasuk staf P4 sendiri.

    Secara amnya Bengkel singkat ini amat membantu memahirkan lagi penggunaan sistem yang telah lama berada dalam ATM semenjak tahun 2000 lagi.

    Banyak penambahbaikan mengenai sistem ini dipelajari selama tiga hari dan dari hasil dari kaji selidik yang dibuat menunjukkan bahawa ramai dari peserta memahami dan meningkatkan pemahaman penggunaan sistem ini dengan lebih baik.

    Bengkel ini telah mendapat bantuan syarahan dari Syarikat pembekal sendiri iaitu SCS (System Consultancy Services) yang di ketuai oleh Mej (B) Rosman Muji.

    Bagi memperkasa implementasikan Sistem P4 dicadangkan agar pihak formasi dapat mengadakan lebih banyak Ceramah /pendedahan NC2 ini kepada semua anggota Tentera di semua formasi formasi tentera supaya semua anggota memahami tugas dan tanggungjawab mengenai sistem ini.

    Bengkel latihan ini dirasmikan oleh Ketua Staf MK 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin manakala acara penutup pula dilaksanakan oleh Lt Kol Cheong Siow Fong, SA P4 MK PMBTD.

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad

    KEDAH: Seramai 15 pegawai dan 240 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (19 RAMD Mek) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato Mohd Shukuri Ahmad di Padang Kawad 19 RAMD Mek pada 6 Okt 2017.

    Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Pegawai Memerintah 19 RAMD Mek, Lt Kol Ridzwan Abd Majid bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau dalam ATM amnya dan TD khasnya.

    Dalam ucapannya beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

    Pada masa yang sama TPTD turut memberikan ucapan balas dengan mengatakan beliau berbangga dan berterima kasih kepada Mej Jen Dato’ Shukuri Ahmad  bagi pihak TD di atas perkhidmatan serta jasa yang telah dicurahkan dengan penuh kesetiaan dan pergorbanan tanpa berbelah bahagi.

    “Saya yakin sebagai seorang pegawai kanan, beliau telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan dan banyak kebaikan diserapkan dalam perkhidmatan dan kejayaan beliau haruslah diikuti oleh generasi kini,” kata TPTD.

    Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 4 Bgd Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu dan Panglima 6 Bgd.

     

    Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan