Bersama PemimpinMK TDSemasa

PAT, PTD dan TPTD Terima Kunjungan Hormat AKS Perisikan

KUALA LUMPUR: Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan Markas Tentera Darat (MK TD), Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman di pejabatnya pada 11 Jul 2024.

Kunjungan Hormat ini merupakan yang pertama semenjak Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim mengambil alih tugas dan jawatan sebagai AKS Perisikan MK TD.

Terdahulu, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas AKS Perisikan di antara Pemangku AKS Perisikan, Kol Abdul Rahman Muhammad Salim bersama Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim yang disaksikan oleh Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan di Auditorium PAT, Perpustakaan KEMENTAH pada 1 Jul 2024.

Selesai acara serah menyerah, AKS Perisikan membuat Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online