Tag: AW

  • Pakai Pangkat Pegawai Kehormat AW

    Pakai Pangkat Pegawai Kehormat AW

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Bilik Tamu Pejabat PTD pada 11 Ogos 2020.

    Mendahului senarai Dato’ Surveyor Dr Azhari Mohamed dianugerahkan pangkat Kolonel Kehormat telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) manakala Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Insenior Technologist Dr R. Badlishah Ahmad juga dikurniakan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES UniMAP.

    Selain itu turut dinaikkan pangkat yang sama ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang menjawat jawatan sebagai Komandan PALAPES USM.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: LKpl Mohammad Shahrun Nizam Mohamad Radzuan

  • Pemakaian Pangkat DYTM Raja Muda Kedah

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi  telah menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Askar Wataniah bagi Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehhudin di Istana Darul Aman pada 6 Sep 2019.

    Terdahulu Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah disambut oleh PTD.

    Acara diteruskan dengan Raja Muda Kedah dipakaikan pangkat Brig Jen oleh PTD dan menjawat jawatan sebagai Komander Rej Askar Wataniah (AW) berkuatkuasa 25 Mei 2019.

    Serba ringkas keperibadian DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehhudin diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah

    Baginda merupakan anakanda pertama dan bertemu jodoh dengan DYTM Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta berpendidikan Brunel University, Uxbridge Middlesex United Kingdom, Bachelor of Laws (Hons),

    Kini baginda telah dilantik sebagai Pengerusi, di Thong Guan Industries Berhad dan sebagai Rakan Kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates & Solicitors. 

    Turut hadir Pengerusi RAMD, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Badrul Hisham Muhammad.

    Oleh: Saifun Hakimi Zainon

    Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang (Pej PTD)

  • Pemimpin Bukan Sekadar Memberi Arahan dan Ketetapan-PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 29 Ogos 2019.

    Majlis kenaikan pangkat melibatkan 18 pegawai kanan dari pelbagai Kor TD dan dua pegawai sukarela dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen ke Mej Jen yang didahului oleh Brig Jen Dr. Pakianathan Dawson @ A. Endry Nixon Alexander menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf, J3 Bahagian Operasi dan Latihan Bersama, MK AB manakala Brig Jen Dato’ Zarondin Md Amin turut dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan Asisten Panglima, MK TD-BPS.

    Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada empat pegawai kanan yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Johari Mohd Jaafar menjawat jawatan sebagai Komander ATB 2, Kol Semaon Marjuki menjawat jawatan sebagai Panglima 10 Bgd (Para), Kol Ir Ruslan Sulaiman menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Timur, MK ATM-BPKP dan Kol Dr Janudin Awang menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan MK ATM, BPA.

    Manakala empat pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol, lapan pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol serta kenaikan pangkat yang sama kepada dua Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dan diakhiri dengan penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) kepada tiga pegawai yang telah menamatkan Kursus Asas Penerbangan di Institusi Penerbangan 2 (INSPEN 2) dan Aviation School Fort Rucker di Alabama, Amerika Syarikat.

    Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar kekalkan dan pertingkatkan prestasi cemerlang demi mengesahkan pangkat yang diberi sememangnya tepat serta mengoptimumkannya demi perkhidmatan.

    “pemimpin bukan sekadar memberi arahan dan ketetapan, malah menunjukkan teladan serta membimbing anggota. natijahnya, tanggungjawab pemimpin amat luas ruang lingkup yang memerlukan penjajaran ilmu, kemahiran, sikap dan spiritual,” tegas PTD.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami.

    Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

  • Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Seramai 25 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di  Dewan Tanjung, Wisma Transit  pada 9 Mei 2019.

    Mendahului senarai, Kol Mohd Halim Khalid yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima 6 Bgd, Kol Mohd Nazri Abd Rahman dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima 1 Bgd, Kol Azman@Norazman Selamat  dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Provos Marsyal Darat.

    Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol didahului oleh Lt Kol (Dr) Ngoo Kay Seong yang menjawat sebagai Pakar Bedah (Jab Bedah) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Lt Kol Abdul Aziz Samsi@Hj Shamsudin dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan Ketua Kumpulan KP, Markas Pemerintahan Logistik TD, encik  Al-Hambra Juhar dinaikkan ke pangkat Kol Sukarela AW dan menjawat jawatan sebagai Komander Rej 507 AW.

    Manakala seramai 19 pegawai kanan termasuk Pegawai Sukarela AW dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

    Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat, ianya kurniaan Ilahi serta berkat hasil kegigihan, integriti dan sifat terpuji yang konsisten, ketiga-tiga aspek tersebut adalah antara ciri-ciri asas bagi pemimpin.

     “Sebagai pegawai kanan yang memimpin anggota bawahan, saya berharap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar TD akan menjadi lebih harmoni dan lebih cekap,” tegas PTD.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR:  Seramai 12 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 19 Sep 2018.

    Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin yang dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) dan  empat lagi pegawai kanan berpangkat Kol dinaikkan pangkat Brig Jen di dahului oleh Kol Hj Mustaffa Hj Othman, Kol Mohd Rawa Hj Seman, Kol (Dr) Hj Mohamed Hatta Hj Manis dan Kol Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli.

    Majlis diteruskan dengan seorang pegawai kanan berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol iaitu Lt Kol Hashim Osman manakala lima lagi pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol dan seorang pegawai Askar Wataniah turut dinaikkan pangkat Lt Kol (AW).

    Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bagi menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi serta menaikkan lagi imej TD.

    Turut hadir Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar,  AKS CSM, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Pengarah Perubatan BPK, Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

  • Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR:  Seramai 29 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 23 Ogos 2017.

    Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen didahului oleh Brig Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia (CSM) serta Brig Jen Dato’ Zainal Abidin M.Said yang menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).

    Majlis diteruskan dengan tujuh pegawai kanan dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen didahului oleh Kol Hashim Aman Shah dan menjawat jawatan sebagai Panglima 30 Bgd serta tujuh pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala 11 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol manakala dua Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dinaikkan pangkat Mej serta dua pegawai sukarela AW dinaikkan pangkat Kapt.

    Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bagi menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi serta menaikkan lagi imej TD.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin.

     

     

  • Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah

    KUALA LUMPUR: Seramai tiga Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah (AW) dianugerahkan pangkat Kehormat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Pejabat PTD pada 16 Mei 2017.

    Penganugerahan pangkat Kol Kehormat dimulakan dengan Pengarah Program Latihan Khidmat Negara, Dato’ Mohamed Asri Yusof dilantik sebagai Penaung Askar Wataniah Jabatan Latihan Khidmat Negara, manakala Ketua Pengarah JUPEM Dato’ Sr Hasan Jamil, menjawat jawatan sebagai Kol (K) Juruukur AT dan Naib Presiden (sumber manusia) Tenaga Nasional Berhad, Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman dianugerahkan Lt Kol (K) seterusnya dilantik menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah 70 Rejimen Askar Jurutera Diraja Pakar (AW).

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan pegawai kanan TD.

  • Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR:  Seramai 34 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 15 Dis 2016.

    Pemakaian pangkat di dahului oleh Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki yang dinaikkan pangkat dari Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif MiDAS.

    Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Brig Jen ke Mej Jen dahului oleh Brig Jen Datuk Zolkopli Hashim yang dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Panglima Pemerintah Operasi Khusus manakala Brig Jen (Dr) Borhan Jasmin turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pergigian, MK ATM.

    Manakala tiga  pegawai kanan dinaikan pangkat Kol ke Brig Jen, dua pegawai dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol, 24 pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol serta seorang pegawai sukarela Askar Wataniah (AW) dinaikan pangkat Mej ke Lt kol dan seorang anggota Lain-Lain Pangkat AW dinaikan pangkat Kpl ke Lt.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Hj Kassim, dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar.

    Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim