1 DivHUTSemasa

Derma Darah Semperna HUT 1 Div Ke-52

SARAWAK: Seramai 25 Pegawai, 200 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan Ahli BAKAT dibawah naungan 1 Div telah turut serta dalam Program Derma Darah Peringkat 1 Div yang dianjurkan bersemperna Hari Ulang Tahun (HUT) 1 Div Ke-52 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang pada 6 Ogos 2018.

Program Derma Darah ini adalah usaha sama di antara 1 Div dengan Unit Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membantu menampung keperluan bekalan tabung darah hospital tersebut.

Program ini diserikan dengan kehadiran Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang yang telah menyerahkan beg darah kepada Pakar Perubatan Transfusi, Unit Transfusi dan Bank Darah HUS, Dr Wong Yi Shen sebagai simbolik sumbangan bakti warga 1 Div kepada Unit Tabung Darah HUS.

Dalam ucapan Panglima 1 Div, beliau menyatakan bahawa acara ini adalah satu program komuniti yang dilaksanakan oleh pihak tentera bagi membantu masyarakat selain melaksanakan operasi dan latihan ketenteraan.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak tentera sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada pihak hospital yang memerlukan bantuan darah pada bila-bila masa yang diperlukan.

Kempen derma darah yang dimulakan sejak awal pagi ini berjaya mengumpul sebanyak 62 beg darah sepanjang acara berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 2 petang.

Turut hadir Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Mat Zin dan pegawai-pegawai kanan di bawah naungan 1 Div.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online