3 DivSemasa

RAJD Bina Jambatan Bantu Rakyat

JOHOR: Seramai dua pegawai dan 30 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan 4 RAJD membina jambatan sementara jenis Jet Float bagi membantu mangsa banjir untuk kegunaan harian di ketuai Pegawai Pemerintah 9 Skn RAJD, Mej Jannatul Firdaus Hj Abu Bakar di Kampung Telok Rimba Tangkak bermula pada 26 Jan 2017.

Pemasangan jambatan sementara ini adalah untuk menggantikan Jambatan Kasih yang telah roboh akibat arus deras semasa banjir yang melanda kawasan di sekitar Segamat pada 25 Jan 2017 yang mana jambatan tersebut menghubungkan antara dua kampung yang terletak di antara Melaka dengan Johor.

Menurut penduduk Kampung Telok Rimba, Tasrik Salam, 52 tahun berkata beliau berterima kasih kepada pihak Tentera Darat (TD) kerana sudi menghulurkan bantuan dengan membina jambatan sementara untuk memudahkan pergerakkan penduduk di kedua-dua belah negeri.

“Selama 30 tahun Jambatan Kasih menjadi penghubung antara Melaka dan Johor, perasan syukur dan terharu kepada TD walaupun pembinaan jambatan Jet Float merupakan sementara namun ia amat membantu khususnya penduduk kampung untuk kegunaan aktiviti harian kami”, katanya.

Pemantauan serta kerja-kerja rutin penyelenggaraan jambatan Jet Float akan dijalankan dari masa ke semasa mengikut keadaan arus sungai yang deras dan makin meningkat.

Gambar: Kapt Ahmad Farhan Hassan dan PW II Mohd Shahril Mat Ali


 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online