Bersama Pemimpin

PTD Berbuka Puasa Bersama Warga PLDTD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain dan isteri Puan Seri Datin Seri Zainuriah Hj Mustapha menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 12 Apr 2022.

Terdahulu, acara dimulakan dengan berbuka puasa bersama warga PLDTD dan diikuti dengan solat maghrib berjemaah di Masjid Depo Askar Melayu Diraja.

PTD kemudian diiringi Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato Nazari Abdul Hadi menyalakan bunga api sebagai simbolik merasmikan acara berbuka puasa sebelum diteruskan dengan jamuan makan malam.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan asnaf kepada 10 anggota PLDTD, empat saudara baru daripada pasukan di sekitar dan sumbangan kepada anak yatim Tahfiz Darul Ulum Port Dickson.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato Hj Subari Hj Tomo.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online