Semasa

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pengerusi dan Pengarah Rejimen Artileri Diraja (RAD), Pengerusi Kor Ordnans Diraja (KOD), Ketua Jurutera dan Pengarah KOD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Mei 2022.

Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi dan Pengarah RAD melibatkan Mej Jen Dato’ Dr Ibrahim Yasir dan Brig Jen Zulmajdi Yunus manakala Mej Jen Dato’ Muhammad Ariff Soo Abdullah menyerahkan tugas Pengerusi KOD yang baharu kepada Mej Jen Mohd Tamam Jamioon.

Acara diteruskan dengan Serah Terima Tugas Ketua Jurutera Markas Tentera Darat diantara Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan dan Brig Jen Fazillah Ibrahim.

Seterusnya turut berlangsung Serah Terima Tugas Pengarah KOD di antara Mej Jen Mohd Tamam Jamioon dan Kol Suhaimi Mat Isa.

Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, dan Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button