Semasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah

MELAKA: Seramai 17 pegawai dan 310 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Rejimen Renjer Diraja (RRD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah di Padang Kawad Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD (Para)) pada 20 Mei 2022.

Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Zahari Affandi Hj Mat Nor sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama hampir 40 tahun 11 bulan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah dalam ucapannya menzahirkan rasa terharu dan berbangga di atas Majlis Perbarisan Penghargaan sempena persaraan beliau serta mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

Acara diteruskan dengan ucapan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan AKS PA yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 4 Jun 2022.

“Sepanjang perkhidmatan, beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga serta sentiasa komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Beliau merupakan antara barisan pegawai kanan TD dan RRD yang amat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

“Menyingkap perjalanan kerjaya beliau, pegawai kanan ini telah menjawat pelbagai jawatan penting dan pastinya telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada perkhidmatan tanpa mengira penat lelah baik dari segi mental mahupun fizikal.

“Sesungguhnya, persaraan pegawai kanan ini merupakan suatu kehilangan yang besar kepada TD amnya dan RRD khasnya, semoga Allah S.W.T membalas segala jasa dan budi Dato’,” jelas TPTD.

Menyentuh serba sedikit latar belakang Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Anwar Abdullah, beliau telah memulakan perkhidmatan di dalam ATM dengan mengikuti latihan ketenteraan pada 1 Julai 1981 di Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ditauliahkan sebagai Lt M pada 9 Jun 1983 di dalam RRD.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan penting sepanjang berkhidmat antaranya sebagai Penolong Penasihat Pertahanan di Washington, Amerika Syarikat, Timbalan Komander Rejimen 515 Askar Wataniah, Pegawai Memerintah 6 RRD, Pengarah Sekretariat MK TD, AKS Operasi dan Latihan di MK TD, Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao-15 dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai AKS PA di Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir, Pengerusi Kor RRD, Mej Jen Dato Dzulkifli Hj Mustafa, Pemangku Panglima 3 Div, Brig Jen Mohammad Suria Mohammad Saad, Pengarah Infantri, Brig Jen Asri Shukor dan Pemangku Panglima 10 Bgd (Para), Kol Khairul Anwar Soib.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online