Semasa

Perajurit Muda PUSASDA Jalani Latihan TTS

NEGERI SEMBILAN: Perajurit Muda Pusat Latihan Asas Tentera Darat Siri 183/17 lelaki dan Siri 43/17 wanita terlibat menjalani Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) bagi memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran asas mempertahankan diri sebagai persiapan menjadi seorang anggota Tentera Darat pada 6 Jul 2017.

Latihan ini adalah pelaksanaan secara komited daripada Komandan PUSASDA bagi mengadakan Latihan TTS yang diselitkan secara berterusan di dalam jadual sepanjang Latihan Asas Perajurit Muda dan berdasarkan Rancangan Pengurusan Latihan (RPL).

Asas TTS ini membolehkan mereka menjalani latihan dan diuji sehingga layak mendapat Gred 5 TTS sebelum menamatkan Latihan Asas Perajurit Muda.

Di samping itu, latihan TTS ini adalah nilai tambah (value added) kepada Perajurit Muda bagi meningkatkan kelangsungan hidup (survivability) di medan tempur serta meningkatkan semangat juang dan menjadikan PM berjiwa berani apabila berhadapan musuh yang mana selaras dengan Direktif Latihan Tentera Darat bagi melahirkan anggota TD yang mempunyai asas kemahiran tempur tanpa senjata.

[jaw_gallery gallery=”11349,11351,11350,11352,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online