Bersama PemimpinSemasa

Peg Kanan TD Pakai Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Tugas Khas (STK) Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 20 Nov 2020.

Seramai lapan pegawai kanan dan dua pegawai STK TD dinaikkan pangkat didahului Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad yang dinaikkan pangkat daripada Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kol ke Brig Jen iaitu Kol Lim Wee Ping yang dinaikkan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Inspektorat Jeneral, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan.

Selain itu seramai empat pegawai TD dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol seramai dua pegawai dan dua pegawai STK TD yang dinaikkan pangkat Lt M.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat dan menasihati supaya memperteguhkan jati diri masing-masing serta memberi khidmat dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

“Tanpa integriti kita akan mudah terpengaruh untuk melakukan perkara yang salah yang akhirnya membawa kerosakan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi yang kita cintai,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, dunia dan persekitaran berubah dengan pantas serta membawa cabaran-cabaran baru yang tidak pernah dihadapi sebelum ini, oleh itu buatlah pertimbangan yang cepat dan tepat bagi mengelakkan kegagalan yang membawa impak yang besar.

“Untuk menanganinya, kita perlu memiliki ketajaman fikiran, ketinggian ilmu, kemahiran serta keupayaan untuk thinking outside the box.

“Saya menyeru kepada semua untuk berusaha menambahkan ilmu didada serta melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu saudara menghadapi cabaran-cabaran ini,” jelas PTD.

Turut hadir, KS ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online