PAHANG: Majlis Penyerahan Rumah Siap Bina oleh 4 Bgd (Mek) telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek), Lt Kol Norhisham Hassan dan Pegawai Daerah Raub, Dato’ Mohammad Shahid Ismail bertempat di Tapak Projek Kampung Gali Hilir, Raub pada 19 Nov 2020.
Projek pembinaan ini melibatkan seorang pegawai dan 17 anggota Lain-lain Pangkat dari 7 RRD (Mek) dan 11 Skn RAJD (Mek) dimana pembinaan rumah ini telah bermula dari 18 Ogos 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Nov 2020.
Projek pembinaan rumah ini dilaksanakan susulan dari kejadian kebakaran yang telah menimpa rumah seorang mangsa ibu tunggal pada 24 Jul 2020 yang lalu.
Segala kos bahan bina telah disediakan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama dari Pejabat Daerah Raub dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) manakala iihak Tentera Darat telah membantu dari segi tenaga kerja dan kemahiran.
Gambar: Rjr Mohd Izam Shah Muhd Jais