Bersama PemimpinMINDEFMK TDSemasa

MENHAN Rasmi Kompleks PERNAMA PU Subang

SELANGOR: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin  Tun Hussein merasmikan Kompleks Mutiara Perbadanan Perwira Niaga Malaysia  (PERNAMA) yang disaksikan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  di Pangkalan Udara (PU) Subang pada 6 Jul 2017.

Kompleks Mutiara PERNAMA PU Subang merupakan rangkaian Kompleks PERNAMA yang kelima bagi kemudahan warga ATM yang wujud sejak tahun 2005 telah dinaiktaraf untuk keselesaan dan kemudahan warga ATM yang terdiri dari warga PU Subang.

Dalam ucapan MENHAN, beliau berharap agar PERNAMA  tidak akan berhenti berusaha untuk terus memberikan yang terbaik kepada warga ATM.

“Saya mahu perkara ini menjadi satu tanggungjawab moral yang harus laksanakan dengan sebaik mungkin terutamanya selepas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang negara kita,”ujarnya.

Majlis diteruskan dengan penyerahan Dividen 2016 daripada PERNAMA kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM55.0 juta dan sumbangan tahunan kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) sebanyak RM500 ribu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri  Mohd Johari Baharum, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Pengerusi PERNAMA, Jen Tan Sri Dato’ Sri (B) Abdul Aziz Haji Zainal, dan panglima-panglima perkhidmatan.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Muhammad Zubair Kassim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online