Semasa

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD, Pegawai Sukarela AW Dan Anugerah Tauliah Kehormat AW

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai kanan Tentera Darat (TD), pegawai sukarela Askar Wataniah (AW) serta pegawai tauliah kehormat AW yang dianugerahkan dan dinaikkan pangkat.

“Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam perkhidmatan yang telah dicurahkan serta menjadi pendorong semangat bagi kita dalam perkhidmatan yang lebih baik kepada nusa dan bangsa.

“Perlu saya ingatkan kenaikan pangkat ini hadir bersama tanggungjawab dan semestinya memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menjamin kejayaan dalam setiap apa yang dilaksanakan” pesan PTD.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD dan Pegawai Kanan Sukarela serta Tauliah Kehormat AW di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Jul 2022.

Seramai empat pegawai kanan TD dinaikkan pangkat didahului dengan Brig Jen Dato’ Dr Rosman Ab Rahman yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Perubatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), manakala Kol Khairul Izan Muhammad dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU).

Seterusnya, diikuti pemakaian pangkat ke Kol iaitu Lt Kol Kamarul Arif Ramli yang menjawat jawatan sebagai Ketua Tim Projek Artileri (Medan), Cawangan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat (MK TD) serta Lt Kol Hj Ayob Yahya yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Rejimen Ke-34 Artileri Diraja (34 RAD) merangkap Komander Garison Bera.

Acara diteruskan dengan penganugerahan pangkat Kol Pegawai Sukarela AW kepada Datuk Dr Lim Teck Kiong dari LTK Associates Realty Sdn. Bhd. dan dilantik sebagai Komander Rejimen 516 AW.

Manakala, Tauliah Kol Kehormat AW dianugerahkan kepada Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendukung AW Negeri Pulau Pinang dan Datuk Ir Baharin Din, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad selaku Komander 70 Rejimen Pakar Jana Eletrik Rejimen Askar Jurutera Diraja AW.

Selain itu, seorang pegawai dianugerahkan Lt Kol Kehormat AW, dua pegawai dianugerahkan Mej Kehormat AW, dua pegawai sukarela AW dinaikkan pangkat ke Lt Kol dan yang terakhir ialah tauliah pangkat Lt AW.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Dr Hj Zulkeffeli Mat Jusoh.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online