PenghargaanSemasa

36 Tahun Mej Jen Dato’ Nazri Abu Bakar Mencurah Bakti Dalam Perkhidmatan Am

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan pegawai dan 79 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Rekod dan Pencen (KPRP), Mej Jen Dato’ Nazri Abu Bakar di Dataran Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) pada 7 Jan 2022.

Mengimbas keperibadian Men Jen Dato’ Nazri Abu Bakar, beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 6 Mei 1962 dan mula menceburi bidang ketenteraan apabila memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1979 dan 1 Nov 1985 beliau ditauliahkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (KPA) dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Rekod di Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

Antara jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau adalah Ketua Tim Projek Kompeni, Pegawai Staf 1 Rekod, dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Am (AKSPA) sebagai ketua pengarah.

Sejurus tamat perbarisan, acara Serah Terima Tugas KPRP di antara Men Jen Dato’ Nazri Abu Bakar dengan Kol Fazlie Rizal Ishak diadakan di Bilik Mesyurat JRP yang disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad.

Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining di mana beliau berjalan dari laman kaunter ke Pusat Olah Perang (POP) ATM.

Turut hadir, Pegawai Staf 1 Pegurusan, Lt Kol Norhayati Mohd Noor dan Pegawai Staf 1 Operasi, Lt Kol Nor Sham Sinar Abd Rahman.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button