Semasa

DYMM Permaisuri Johor Mencemar Duli Rasmi Sekolah Agama Kem Iskandar

JOHOR: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Sekolah Agama Kem Iskandar pada 5 Ogos 2022.

Ketibaan DYMM Permaisuri Johor telah disambut oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Datin Ramlah Dawi sebelum DYMM Permaisuri Johor dijemput menandatangani plaka sebagai simbolik perasmian.

Bangunan baharu Sekolah Agama Kem Iskandar ini menelan belanja sebanyak RM 7.12 juta dan mula beroperasi pada 21 Mac 2022 dengan jumlah pelajar hampir 300 orang.

Menyusuri sejarah ringkas Sekolah Agama Kem Iskandar, ianya diwujudkan pada tahun 2005 dan awal penempatannya adalah di Masjid Kem Iskandar dengan jumlah pelajar hampir 90 orang sebelum dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar pada tahun 2006.

Keprihatinan DYMM Sultan Johor membina sebuah bangunan baharu dengan cetusan idea baginda sendiri telah menghasilkan sebuah reka bentuk bangunan yang unik serta membantu memudahkan warga Kem Iskandar menghantar anak ke sekolah agama.

Majlis diteruskan dengan santapan dan persembahan daripada pelajar Sekolah Agama Kem Iskandar sebelum diakhiri dengan sumbangan 300 naskah Al Quran daripada DYMM Permaisuri Johor dan pertukaran cendera kenangan.

Penyediaan prasarana pendidikan seperti ini seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke – 28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online