PersonalitiSudut Inspirasi

Setiap Halangan Pasti Ada Jalan Penyelesaian – Kapt Mohd Shah Rizal Sabran (Bersara)

Kapt Mohd Shah Rizal Sabran (B) merupakan anak kelahiran Pondok, Taiping, Perak dan anak kelapan daripada lapan orang adik-beradik. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Elektronik dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Sep 2004 sebagai Pegawai Skim Graduan dan ditauliahkan pangkat Kapt ke dalam Rejimen Artileri Diraja (RAD) di bahagian Air Defence.

Namun setelah 15 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau memilih untuk bersara lebih awal bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagi mengikuti perjalanan kerjaya, jatuh bangun dalam kehidupan serta sedikit sebanyak nasihat dalam dunia perniagaan, ikuti wawancara khas Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi dan Jurugambar, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi bersama Kapt Mohd Shah Rizal (B), 42, yang berjaya dalam perniagaan Takoyaki, dan lebih dikenali sebagai Chef Tako By Mosyari yang merupakan wakil agen Chef Tako.

Kapt Shah Rizal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Norhidayah Mat Zabidi, 41, pada tahun 2007 serta dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Walaupun minatnya dalam bidang ketenteraan amat mendalam tetapi apakan daya beliau terpaksa memilih untuk bersara awal atas faktor masalah kesihatan dirinya. 15 tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat, segala pengalaman serta perjalanan sebagai seorang anggota tentera berjaya membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan dan mencabar kemampuan diri dari segi mental dan fizikal.

Setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM, beliau mencuba berbagai-bagai bidang pekerjaan bagi meneruskan kehidupan dalam menyara keluarganya. Pada awalnya, Shah Rizal menyertai latihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) selama enam bulan dengan mengambil kursus bersama Syarikat Oil & Gas Petra Resources Sdn Bhd dalam bidang Safety Officer. Ini kerana sebelum bersara beliau menyambung pelajaran dengan mengambil Master of Safety and Health di Universiti Utara Malaysia pada 2010.

Namun begitu, bidang kursus yang dipilih ini membuatkannya terpaksa berjauhan daripada keluarga, lantas beliau memutuskan untuk menjual barang-barang elektrik terpakai secara online. Benarlah seperti dikata, andai ingin berniaga perlu memiliki sedikit sebanyak ilmu pengetahuan agar segala pekerjaan yang diusahakan tidak terhenti separuh jalan. Kita perlu mengetahui cara untuk menjaga aliran tunai dan strategi pemasaran yang berjaya. Kemudian, beliau beralih arah dengan mencuba dalam bidang perguruan namun ianya juga tidak kekal lama.

Akhirnya pada Jan 2019, beliau mengerjakan umrah bersama allahyarham bapanya di mana ketika berada di sana, Shah Rizal telah berdoa kepada Allah SWT di hadapan Kaabah agar memberi petunjuk kepada dirinya dalam bidang manakah yang sesuai dengan dirinya. Balik dari mengerjakan umrah, beliau menghadiri Program Mentoring by Najib Asaddok dan disitulah Shah Rizal mengenali Founder serta Co Founder Chef Tako. Program ini adalah bertujuan untuk mengisi ilmu pengetahuan tentang strategi pemasaran bisnes dalam talian yang menjadi trend masa kini.

Shah Rizal memutuskan untuk menyertai perniagaan Takoyaki dengan membuka sebuah kedai di tepi jalan Kamunting, Perak buat pertama kali bermula dari bulan Mac hingga Mei 2019. Ketika itu beliau memohon untuk berpindah ke tapak yang baharu kerana hasil jualan yang diterima olehnya hanya sebanyak RM5 sehari. “Tapak tersebut tidak strategik dan kurang tumpuan daripada orang ramai kerana pada ketika itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa,” jelasnya. Sekiranya beliau berniaga di tapak niaga Bulan Ramadan kemungkinan hasil jualannya akan meningkat. Itulah pendapatnya kerana pada bulan puasa selalunya orang berpusu-pusu pergi ke Bazar Ramadan. Pemilihan kedai di Kamunting adalah kerana di situ letaknya kampung halaman beliau.

“Ini tak boleh jadi kalau setiap hari aku hanya mendapat jualan sebanyak RM5. Macam mana dengan perbelanjaan persekolahan anakanakku. Kalaulah berterusan begini, lebih baik aku membuka kedai dekat dengan isteri dan anakanakku,” rungutnya di dalam hati. Shah Rizal akhirnya membuat keputusan untuk membuka gerai di Bazar Ramadan di Bukit Naga , Klang yang merupakan kawasan tempat tinggal beliau sekeluarga. Ketika itu bazar tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Bukit Naga. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan, beliau memulakan kembali perniagaan Takoyaki dengan mengaut hasil keuntungan sebanyak RM500 sehari.

Pada tahun tersebut juga beliau berjaya membuka dua tempat iaitu berdekatan Medan Selera Sekolah Kebangsaan dan di Bukit Naga. Di situ merupakan tempat yang strategik kerana berdekatan dengan sekolah. Berniaga di kedua-dua tempat ini berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM1,000 sehari. Perniagaan takoyaki ini mempunyai pelbagai pilihan rasa dan tidak mungkin akan menyebabkan orang ramai merasa jemu kerana mereka boleh bertukar-tukar menu.

Bagi meluaskan lagi perniagaannya, beliau menggunakan pelbagai aplikasi khidmat penghantaran seperti yang digunakan oleh peniaga masa kini dalam meningkatkan lagi hasil jualan mereka. “Ada kalanya pelanggan ingin memakan takoyaki tetapi tidak mahu keluar untuk membeli, mereka akan menggunakan khidmat penghantaran kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga. Sebab itulah saya menggunakan khidmat penghantaran seperti Grab Food, Food Panda dan Shopee Food bagi memudahkan urusan pelanggan-pelanggan saya. Lagipun ianya merupakan trend masa kini,” jelas Shah Rizal.

Beliau boleh menarik nafas lega apabila pilihannya untuk memulakan perniagaan Takoyaki Chef Tako ini boleh dianggap berjaya dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Selain itu, kedainya juga telah dipromosikan secara meluas apabila ada sesetengah Youtuber datang membuat liputan secara percuma bagi mempromosikan perniagaan beliau. “Zaman sekarang ini, kalau orang viral je mesti akan menjadi tumpuan. Macam tu la yang saya hadapi. Terkejut saya apabila tiba-tiba orang ramai berpusu-pusu datang ke kedai.  “Apabila ditanya semuanya menjawab hasil dari viral di laman Facebook dan Youtube,” katanya dengan nada gembira.

Sebelum beliau mencapai ke tahap ini, bermacam-macam onak ranjau dunia perniagaan yang telah dilaluinya. Namun semua itu menjadikan Shah Rizal seorang yang kuat semangat serta tidak mudah berputus asa. Pengalaman dalam ketenteraan sedikit sebanyak boleh diguna pakai dalam dunia awam. “Saya pernah cakap dengan diri sendiri bahawa setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian dan Allah SWT sentiasa ada dengan kita. Setiap cabaran itu akan menjadikan kita insan yang lebih kuat dan tabah serta tidak gentar untuk mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang,” jelasnya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online