PersonalitiSudut Inspirasi

PS Din KontenaStay Lokasi Percutian Unik – Lt Kol Khairuddin Ismail (Bersara)

Kejayaan dan kecemerlangan sekiranya tidak di iringi dengan ilmu, tekad, jati diri, usaha, minat serta dorongan daripada orang tersayang sudah pasti tidak menampakkan hasil. Kejayaan yang murni bukanlah sesuatu perkara yang boleh datang bergolek tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang kita inginkan.

Hal ini jelas terbukti apabila seorang pesara tentera yang sedang bergiat aktif dalam perniagaan telah banyak mencapai kejayaan serta menarik minat masyarakat daripada pelbagai negeri. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti Wawancara Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) oleh Saifun Hakimi Zainon dan Jurugambar Pbt Mohammad Fadzil Akirul menemubual Lt Kol Khairuddin Ismail (B) berusia 48 tahun yang merupakan pengusaha PS Din KontenaStay Ketereh, kota Bharu Kelantan yang sangat dikenali dan menarik minat pelancong terhadap rumah penginapan yang diperbuat dari kontena berkonsepkan suasana desa.

Anak jati kelahiran negeri Kelantan ini pernah berkhidmat selama 21 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai salah seorang pegawai, dan telah bersara ( bersara pilihan) pada tahun 2018. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam TD dimana jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pegawai Hal Ehwal Awam di Markas Angkatan Bersama (MK AB).

Menyentuh serba sedikit latar beliau Lt Kol Khairuddin Ismail (B) berasal dari Kampung Badak Ketereh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat dan Maktab Sultan Ismail sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Media. Berkat kegigihan dan usaha dalam mengubah hidup, beliau telah terpilih menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1998 seterusnya ditauliahkan sebagai Pegawai Perhubungan Raya ( Kor Perkhidmatan Am) di mana tempat pertama beliau berkhidmat adalah di MK Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd). Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2000 bersama pasangan tercinta Nurfaizai Mohamed dan telah dikurniakan enam cahaya mata.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika beliau berkhidmat di MK 5 Bgd yang mana timbulnya konflik Abu Sayyaf yang sedang membuat kekacauan di sekitar kawasan pantai timur Sabah. Beliau merupakan pegawai yang membawa Media untuk membuat liputan di sekitar kawasan konflik sekaligus menjadi pegawai perhubungan kepada agensi media awam sama ada daripada dalam negara mahupun luar negara.

Pada tahun 2018, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dalam ATM atas keinginan untuk memfokuskan diri kepada keluarga yang selama ini sentiasa menjadi tulang belakang beliau ketika susah mahupun senang. Pada dirinya walaupun keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah tetapi beliau yakin dengan apa yang dilakukan itu adalah satu keputusan yang tepat.

Sebelum berkecimpung dalam perniagaan KontenaStay, beliau pernah mencuba nasib mencari punca pendapatan dengan menternak ayam kampung dan membuat perniagaan makanan melalui laman sosial. Namun, perniagaan tersebut tidak bertahan lama kerana kurang membuahkan hasil.

Dalam kesibukan menceburi bidang lain, beliau sering meluangkan masa membawa keluarga untuk berjalanjalan dan melawat ke tempat-tempat menarik sehinggalah tercetusnya ilham untuk berjinak-jinak dalam perniagaan homestay berciri kontena. Selain itu, beliau turut melihat di laman sosial contoh-contoh yang telah direka oleh sesetengah pengusaha rumah tumpangan serta sedikit sebanyak mendapat nasihat daripada kawan-kawan.

Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan KontenaStay yang berkonsepkan kedesaan. Bagai bulan jatuh ke riba begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan semasa tapak perniagaan beliau mula beroperasi. Tidak terlintas di fikiran beliau bahawa perniagaan yang beliau jalankan ini mendapat sambutan hampir di setiap pelusuk negara kerana mendapat permintaan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat. KontenaStay milik beliau kini terdiri daripada enam kontena dan dilihat sangat sesuai untuk aktiviti kekeluargaan kerana mempunyai tempat yang lapang dan luas serta berdekatan dengan kedai makan dan kedai menjual alat keperluan harian.

“Era globalisasi ini, rata-rata masyarakat ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman menginap dalam kontena yang direka berkonsepkan suasana desa. Majoriti golongan muda seperti katak di bawah tempurung kerana tiada pengalaman tinggal di kampung dan tertanya-tanya bagaimana kesusahan hidup zaman dahulu kerana sangat terpesona dengan kecanggihan teknologi dan leka dengan keseronokan yang terdapat di bandar,” katanya. Khairuddin berpendapat generasi pada masa kini kurang didedahkan dengan suasana kampung sehinggakan nampak itik berjalan dan mendengar ayam berkokok di siang hari serta melihat orang menggunakan jala untuk menangkap ikan merupakan satu benda baharu kepada mereka.

“Para pelanggan yang singgah ke sini pasti berpeluang merasai cara hidup di kampung, menikmati masakan kampung serta merasai pengalaman menangkap ikan menggunakan peralatan tradisional. Kadang-kadang ada pelanggan sanggup membeli jala sendiri dan meminta saya untuk mengajar beliau dan anak-anak tentang cara menggunakan jala dengan betul untuk menangkap ikan,” ujar Khairuddin. 

Hal ini membuktikan bahawa perniagaan beliau sangat mendapat sambutan khususnya ketika cuti persekolahan kerana keunikan setiap pekej yang beliau tawarkan serta harga yang sangat berpatutan sehinggakan terpilih untuk disiarkan dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam slot Malaysia Hari Ini (MHI) pada 16 Mei 2022 yang lalu.

Selain itu, kemudahan yang disediakan di KontenaStay milik beliau dilihat sangat mengutamakan keselesaan pelanggan. Terdapat kemudahan seperti dapur, surau, kolam mandi, kolam memancing, penghawa dingin untuk setiap bilik, pakej makanan dan sarapan pagi serta kenderaan ATV yang pastinya memberi kepuasan kepada para pengunjung. Di samping itu, beliau turut mempromosikan pelbagai pakej mengikut tarikan semasa. Jika sudah tibamusim buahbuahan, beliau pasti membawa pen gunjung ke dusun buah manakala jika musim tengkujuh pula pengunjung dibawa ke sungai untuk menahan pukat dan hasilnya dibawa ke penginapan untuk dimasak menggunakan peralatan tradisional.

Dalam kesibukan mencari rezeki, beliau juga sering diperlekehkan, namun beliau tetap bertekad untuk meneruskan apa yang diinginkan dan tidak terlintas sedikit pun untuk menyerah. Banyak cabaran serta rintangan yang ditempuhi terutama sekali ketika seluruh dunia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat menularan wabak COVID-19 yang mengancam sumber pendapatan. Keadaan tersebut merupakan saat genting kerana perniagaan beliau tidak dapat beroperasi seperti biasa sehingga tidak dapat menghasilkan pulangan. 

Walau bagaimanapun, hikmah di sebalik keadaan itu, beliau mengambil masa yang ada untuk memfokuskan kepada penambahbaikan kawasan tapak perniagaan seperti kolam mandi, pagar keliling, surau dan perabot yang turut dibantu oleh isteri dan anak-anak. Di samping itu, beliau sentiasa mendapat suntikan semangat daripada keluarga serta kawan-kawan khususnya mereka yang sedang atau pernah berkhidmat dalam tentera dan ianya
merupakan salah satu faktor beliau untuk terus cemerlang dalam bidang ini.

Pada masa akan datang, beliau berharap agar anakanak beliau meneruskan apa yang sudah beliau mulakan kerana pada zaman ini kita hendaklah mengukir jalan sumber pendapatan sendiri kerana pada beliau kecanggihan teknologi pada masa ini mampu untuk mempromosikan iklan dengan lebih meluas serta mampu menembusi pasaran yang lebih besar.

Sebelum menamatkan wawancara Khairuddin turut berpesan kepada anggota yang masih berkhidmat dan bakal pesara tentera agar membuat pilihan yang tepat dalam apa juga bidang yang ingin diceburi apabila bersara kelak. Secebis nasihat buat rakan-rakan tentera yang masih berkhidmat atau yang akan bersara kelak agar membuat pilihan yang tepat dan pastikan sekurang-kurangnya berkhidmatlah sehingga cukup masa untuk melayakkan pencen, kerana keadaan global yang tidak menentu pasti mencabar serta menggugat kelangsungan kehidupan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online