PersonalitiSudut Inspirasi

Pemenang 3 Pingat Emas Dan Pecahkan Rekod Kebangsaan – Sjn Nurul Farhanah Johari, Jaguh Angkat Berat

Kejayaan sudah tentu pada awalnya diiringi dengan kesungguhan, tekad, usaha, serta minat yang mendalam dalam sesuatu bidang. Sesuatu pencapaian bukan dapat digapai dengan mudah, bahkan ianya menuntut pengorbanan mental dan fizikal individu serta orang-orang di sekelilingnya. 

Perkara ini dibuktikan oleh seorang anggota wanita Tentera Darat (TD) yang masih lagi berkhidmat di mana beliau mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan TD khasnya apabila berjaya menghasilkan pelbagai kejayaan dalam sukan Angkat Berat. Oleh itu, ikuti wawancara khas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan jurugambar Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi menemubual Sjn Nurul Farhanah Johari, 33, yang telah melakar sejarah dan turut tampil sebagai anggota wanita TD penerima Anugerah Pisau Panglima Tentera Darat Tahun 2021. 

Sjn Nurul Farhanah Johari membuat kejutan apabila berjaya memperbaharui serentak dua rekod kebangsaan bagi kedua-dua acara angkat berat kategori 63 kg wanita pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada Jul 2009. Beliau berjaya merangkul pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 81 kg bagi acara Snatch dan 101 kg dalam acara Clean and Jerk. 

Ketika usianya 21 tahun, beliau pernah mencipta rekod kebangsaan bagi acara dan kategori yang sama semasa beraksi di Kejohanan Dunia di Danga Bay, Johor Bahru pada tahun 2008. Beliau tidak menyangka akan meraih kejayaan tersebut kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. 

“Walaupun masih cedera di bahagian pinggang dan lutut, saya kuatkan semangat untuk melakukan angkatan yang terbaik,” katanya. 

Ketika rakan atlet lain lebih awal membuat persediaan ke Sukan SEA Laos yang dijadualkan pada Dis 2009, atlet angkat berat wanita negara, Sjn Nurul Farhanah Johari hanya baru dua minggu memulakan latihan. Peserta angkat berat kelas 63 kg itu terpaksa mengharungi persediaan singkat lantaran baru sahaja pulih daripada pembedahan akibat kecederaan pinggang dan hanya dapat memulakan latihan ringan sejak dua minggu sebelumnya. 

Menurut beliau, dia akur tidak dapat menyertai skuad angkat berat negara lain yang menjalani latihan di China ketika itu disebabkan pembedahan yang dijalaninya. 

”Saya mengalami kecederaan di pinggang ketika menjalani latihan di China sejak 2004 lagi. Jun 2009, saya menjalani pembedahan dan hanya pulih sepenuhnya dua minggu sebelum Kejohanan Sukan Sea Laos membuka tirai. 

”Setelah bebas daripada sebarang risiko kesakitan, saya menjalani latihan untuk ke Sukan SEA dan dengan persediaan yang singkat, agak sukar untuk saya berpeluang mendapatkan pingat. 

Sjn Nurul Farhana layak secara merit ke Laos apabila berjaya melakukan angkatan 90 kg bagi acara Snatch dan 110 kg dalam Clean and Jerk semasa kejohanan Asia di Kazakhstan pada Jun 2009. 

Walaupun tidak diletakkan sebarang prospek pingat, semangat enggan mengalah serta kegigihan yang ditunjukkan olehnya untuk beraksi pada Sukan SEA, wajar dipuji. 

“Saya tidak sempat menyertai rakan-rakan mengadakan latihan di China kerana ketika mereka bertolak ke luar negara, saya masih mendapatkan rawatan dan belum pulih sepenuhnya. 

“Latihan dua minggu yang saya jalani masih belum memasuki peringkat sukar. Namun, saya tetap bersemangat untuk ke Laos memandangkan ianya merupakan penyertaan pertama saya di peringkat Sukan SEA. 

“Sasaran saya untuk memberikan yang terbaik di Laos , sekurang-kurangnya menyamai angkatan terbaik seperti di Kazakhstan. 

Hasilnya, beliau menduduki tempat Keempat selepas tewas kepada pencabar dari Vietnam (Emas), Indonesia (Perak) dan Myanmar (Gangsa). 

Beliau mendirikan rumah tangga dengan atlet Angkat Berat iaitu Sjn Azani Mokhtar yang merupakan jurulatih beliau sendiri sebelum menyertai Kejohanan Sukan Komanwel 2010 di India dan bertanding dalam kategori 63 kg. 

Namun Sjn Nurul Farhanah berasa amat terkilan kerana kecederaan peha yang dialaminya telah mengganggu prestasi beliau sehingga tidak berjaya menepati sasaran pingat apabila hanya mampu meraih tempat Keempat dengan hanya perbezaan tiga kg yang mana pemenang pingat Gangsa merupakan atlet dari Negara Cameroon. 

Sekembalinya daripada rehat ekoran kecederaan yang dialami, Sjn Nurul Farhanah berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sabah pada tahun 2019.

Sjn Nurul Farhanah pada ketika itu berpangkat Kpl merupakan salah seorang daripada dua wanita yang menerima anugerah ‘Pisau Tentera Darat’ disampaikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain sempena Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Ke-56 Tahun 2021 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan. 

Pisau Tentera Darat tersebut dianugerahkan kepada individu yang memiliki rekod pencapaian cemerlang serta luar biasa semasa dalam perkhidmatan. Selain itu, beliau turut menerima Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan dan hadiah wang tunai hasil kejayaannya memenangi tiga pingat emas dan turut memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori 69 kg ketika bertanding dalam Kejohanan Sukan Asian Championship Kazakhstan pada tahun 2019. 

Kenangan manisnya adalah ketika berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Pengerusi Angkat Berat pada ketika itu, Brig Jen Inderjit menyarungkan pingat kepadanya bersama Pengerusi Angkat Berat ketika ini, Kol Mohamad Razeif Che Ahmad. 

Sjn Nurul Farhanah pernah berasa tertekan dalam latihan sekiranya tidak dapat mengangkat berat beban yang disasarkan. Namun beliau tidak mengalah dan akan terus berusaha. 

Selain menjaga pemakanan, beliau melakukan latihan kecergasan fizikal setiap hari terutamanya berjoging pada waktu pagi dan petang bagi mengawal pernafasan dengan baik dan meningkatkan stamina. Di samping itu, rehat yang cukup adalah penting bagi memulihkan tenaga selain mengelakkan berlaku kecederaan otot. 

Perancangan beliau pada masa akan datang adalah cuba menaikkan nama sukan angkat berat ATM setaraf dengan atlet-atlet Malaysia dan menjadi jurulatih angkat berat untuk pelapis wanita ATM. 

Sjn Nurul Farhanah juga bercita-cita untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam Kejohanan Kebangsaan d i Rompin, Pahang yang dijangka diadakan pada tahun 2022. 

Anak jati kelahiran Jitra, Kedah ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Beliau mula menceburi sukan Angkat Berat ketika di Tingkatan Tiga melalui Kelab Angkat Berat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR), Jitra. 

Menceritakan kisahnya bagaimana boleh berkecimpung dalam sukan angkat berat, beliau yang bergiat aktif dalam sukan olahraga pada waktu itu sedang melakukan latihan di Pusat Latihan Olahraga terletak berhampiran dengan Gymnasium Angkat Berat. 

Perwatakan beliau telah berjaya menarik minat seorang jurulatih kelab angkat berat disebabkan faktor fizikalnya yang kelihatan berpotensi untuk berjaya dalam sukan itu. Jurulatih tersebut sedaya upaya berusaha untuk merekrut Sjn Nurul Farhanah sehinggakan sanggup datang ke rumah untuk meminta kebenaran ibu bapanya. Setelah mendapat sokongan keluarga, Sjn Nurul Farhanah secara rasmi menyertai Kelab Angkat Berat dan dinasihatkan untuk meninggalkan sukan-sukan lain bagi memberi fokus pada sukan angkat berat. 

Demi masa hadapan yang cerah, beliau meneruskan Tingkatan 4 dan 5 dengan mengambil keputusan menerima tawaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi melebarkan sayapnya dalam sukan angkat berat. Pencapaian paling besar sewaktu zaman persekolahan apabila memenangi pingat Perak dalam Sukan Komanwel Junior (Bawah 20 Tahun) di Australia. 

Kejayaan tersebut telah menimbulkan minat terhadap sukan angkat berat selain penyertaan wanita yang tidak begitu ramai menyebabkan beliau kurang mengalami tekanan untuk bersaing mewakili negara. Kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai olehnya apabila beliau sekali lagi berjaya memenangi Pingat Perak dalam kejohanan Asian Junior di Chiang Mai, Thailand pada usia 17 tahun. 

Beliau juga amat meminati bidang ketenteraan namun memikirkan bentuk fizikalnya yang agak rendah membuatkan Sjn Nurul Farhanah tidak yakin bahawa dirinya akan terpilih. Namun, benarlah seperti dikata, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, beliau dan rakan-rakannya telah diserap menyertai Rejimen 508 Askar Wataniah (Rej 508 AW), Seremban dan Rej 502 AW, Sg Buloh pada tahun 2006 sebagai atlet Angkat Berat tentera. 

Setelah enam bulan dalam AW, Sjn Nurul Farhanah telah diserapkan dalam Kor Rejimen Sempadan (RS) untuk berkhidmat secara tetap. Selepas RS membubarkan anggota wanita, beliau ditukar ke Kor Perkhidmatan Am (KPA) Bahagian Kerani (BK) dan bertugas di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK P LDTD), Port Dickson pada tahun 2012.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online