Pengorbanan

Hilang Kaki Angkara Jerangkap Samar Komunis – Sjn Roslan Mansor (Bersara)

Askar ini merupakan tulang belakang negara yang ditugaskan menjaga tanah air demi keamanan dan kesejahteraan rakyat, bukan sekadar masuk untuk bersuka ria. “Kecederaan dan kematian itu adalah ketentuan daripada Allah SWT kepada setiap insan sejak azali lagi,” ujar Sjn Roslan Mansor (B), 61, ketika diwawancara oleh wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul.

Biarpun pernah dihalang oleh bapanya daripada menyertai tentera dek kerana pekerjaan tersebut berisiko mengancam nyawa, namun anak pertama, daripada tujuh beradik kelahiran Kampung Kepala Bukit, Sungai Petani, Kedah itu tetap nekad keluar dari zon selesa untuk menjalani latihan ketenteraan selama enam bulan di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (19 RAMD (Mek)).

Menurut Roslan, jiwanya sangat sebati dengan kehidupan ketenteraan kerana beliau amat menggemari aktiviti lasak seperti merempuh halangan, maraton, menembak dan seumpamanya. Antara kejayaan yang dikecapi semasa zaman rekrut adalah pernah menjuarai Pertandingan Bola Sepak Antara Kompeni sebelum diserap menjadi tunjang utama bahagian serangan pasukan bola sepak 19 RAMD (Mek) sejurus tamat latihan ketenteraan.

Disebabkan minat yang sangat mendalam terhadap bidang ketenteraan, Roslan tidak pernah sesekali berasa kesal mahupun patahhati apabila beliau ditakdirkan kehilangan kaki kanan sehingga ke paras lutut ketika di awal perkhidmatannya akibat terpijak jerangkap samar komunis.

Kejadian malang pada tanggal 7 Ogos 1983 itu bermula ketika Roslan yang berpangkat Pbt bersama platunnya yang diketuai Kapt Anuar
ditugaskan dalam Operasi SEDAR GUBIR bagi menjejak dan memusnahkan kubu komunis di sempadan Malaysia-Thailand.

Roslan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai anggota tinjau mengetuai perjalanan mendaki puncak Bukit Gunung Bayu untuk mencari Landing Point (LP) yang terlebih dahulu ditanda bagi mendapatkan bekalan makanan daripada helikopter. Kedudukan bukit tersebut yang bersempadanan dengan Thailand menyebabkan bunyi kenderaan musuh lalu-lalang jelas kedengaran di sekitar kawasan itu. Menurut Roslan, beliau pernah terserempak dengan komunis ketika sedang bergerak dalam kumpulan kecil sekitar empat atau lima orang. Namun, komuniskomunis tersebut sempat melarikan diri sebelum diberkas oleh polis hutan.

Sepanjang perjalanan mencari LP, Roslan dan rakan-rakannya sentiasa berwaspada dan berhatihati agar tidak terpijak jerangkap samar musuh yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, ada ketika mereka lalai dan alpa disebabkan terlalu keletihan dan tidak bertenaga.

Sebaik sahaja menyeberangi Sungai Lasau hingga ke tebing, nasib tidak menyebelahi Roslan apabila beliau tersalah langkah dan terpijak jerangkap samar yang ditanam oleh musuh, lalu ‘Boom!!’ bunyi dentuman kuat menyelubungi hutan tebal kira-kira pada jam 12.45 tengah hari menyebabkan suasana hutan yang hening menjadi haru-biru. 

Beliau berkata, hanya maut yang terbayang dalam fikirannya ketika melambung tinggi ke udara akibat impak letupan tersebut sebelum terpelanting beberapa meter ke belakang. Roslan mengerang kesakitan bersama seorang rakannya yang turut menggelupur akibat tertusuk serpihan tajam jerangkap samar di bahagian paha.

Roslan sempat melihat keadaan kaki kanannya hancur terkulai hingga ke parasbawah lutut sambil darah tersembur keluar umpama lahar yang meletus dari gunung berapi manakala kaki kirinya turut tercedera terkena serpihan. “Rasanya teramat sakit, berdenyut-denyut bagaikan terkena renjatan arus elektrik,” jelas Roslan dengan hati yang pilu.

Kemudian, anggota perubatan segera memberikan bantuan kecemasan dengan memberi suntikan morfin sebelum dibalut dengan bandage bagi menghentikan pendarahan sementara anggota-anggota lain melakukan stand to sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak lama kemudian, Roslan mula berasa khayal dan kesakitan yang dialaminya semakin berkurangan kesan daripada suntikan morfin tersebut.

Hasrat untuk mencari LP terpaksa dibatalkan, mereka mengambil keputusan menebang pokok-pokok untuk memudahkan helikopter menurunkan pengusung. Pada jam 1600, helikopter yang dihubungi oleh anggota semboyan akhirnya tiba. Sewaktu Roslan sedang ditarik naik, detik mencemaskan tiba-tiba berlaku apabila sebatang pokok reput telah tumbang dengan jarak hampir seinci dari dirinya. Rakan-rakannya yang lain sempat mengelak dan menarik nafas lega kerana tiada anggota dihempap batang pokok tersebut.

Roslan kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi menerima rawatan lanjut. Kaki kanannya terpaksa dipotong di paras bawah lutut bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan racun.

Sebaik sahaja beliau sedarkan diri, Roslan berasa agak terkilan mengenangkan dirinya tidak lagi mampu bergiat aktif dalam sebarang aktiviti lasak. Beliau juga terpaksa melupakan semua operasi membanteras pengganas komunis selepas mengalami kecacatan kekal pada kaki kanan. Perkara yang paling mencemaskan apabila diaturgerak dalam operasi iaitu kematian atau kecederaan akhirnya berlaku pada dirinya. Namun, beliau tetap bersyukur kerana hayat masih dikandung badan sekaligus berpeluang untuk terus berada di samping keluarga dan rakan-rakan. 

Setelah kembali melapor ke pasukan, Roslan ditugaskan di Markas Kompeni 19 RAMD (Mek) Bahagian Perpustakaan. Semenjak itu, beliau sering dihantar menyertai pelbagai kursus pengurusan pejabat bagi menerima pendedahan dan pengetahuan asas pentadbiran pejabat yang betul. Antara pengalaman manis sepanjang perkhidmatannya adalah menerima anugerah penuntut terbaik semasa mengikuti kursus akaun.

Menurut Roslan, beliau pernah mengalami mimpi aneh sebelum ditimpa nasib malang tersebut. Beliau bermimpi boleh terbang pulang ke kampung dengan menggunakan kain labuh berwarna merah yang diikat pada tengkuknya seperti adiwira. Sebaik tiba di kampungnya, ramai orang datang menjenguk dan mimpi tersebut semakin lenyap. “Ternyata jelmaan mimpi tersebut adalah petanda kepada nasib buruk saya,” katanya.

Walaupun mengalami kecacatan kekal, Roslan tidak pernah berasa kesal menyertai tentera, malah berasa bangga diberi peluang untuk menabur bakti sehingga 14 Okt 2001 iaitu selama 21 tahun berkhidmat. Beliau juga menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dikurniakan seramai lapan cahaya mata hasil mendirikan rumahtangga pada tahun 1985.

Beliau juga ingin menyampaikan pesanan kepada anggota yang baru berkhidmat agar sentiasa menjaga disiplin, mematuhi arahan yang disampaikan, rajin menghadiri kursus bagi memenuhi syarat kenaikan pangkat, elakkan daripada tinggal tugas serta jangan terlibat dengan kegiatan negatif seperti ketum, dadah, perjudian atas talian dan seumpama dengannya.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online