Bersama PemimpinKesihatanMK TDPersonaliti

PDI: Inisiatif Pembentuk Kerohanian Anggota TD

TERENGGANU: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mewujudkan pelbagai program sebagai inisiatif mengukuhkan kerohanian anggotanya bagi memastikan kualiti ketumbukan warga Tentera Darat (TD) dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Pembangunan kerohanian anggota TD dipandang serius kerana ia merupakan pemangkin kepada ketumbukan tentera yang utuh,” ujar PTD.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Program Dinamik Insani (PDI) Siri 3/2022 di Darul Iman Training Centre, Kemaman pada 26 Sep 2022.

Seramai 40 peserta dan sembilan fasilitator dari Sel Kaunseling Cawangan Sumber Manusia terlibat dalam program ini yang mana dapat memupuk kesedaran dalam diri anggota bersabit aktiviti perjudian serta pelanggaran disiplin di samping menyemai sikap tanggungjawab semasa melaksanakan tugas.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan, Mej Jen Datuk Hamzah Hj Ali kepada PTD sebagai tanda penghargaan di atas kesudian menyempurnakan perasmian PDI.

Pelaksanaan aktiviti seumpama ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menumpukan aspek kebajikan anggota dan keluarga TD.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, AKS Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online