Bersama PemimpinMK Medan TimurSemasa

PTD Ke-28 Diraikan Di MK PMTTD

SARAWAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain bersama isteri diraikan dalam Perbarisan Penghargaan PTD Ke-28 sempena persaraannya selepas lebih 43 tahun berkhidmat bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang pada 24 Feb 2023.

“Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) merupakan sebuah ketumbukan yang memainkan peranan penting dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negeri-negeri di wilayah dua serta seluruh rakyatnya.

“Kesiagaan PMTTD sentiasa menjadi perhatian utama pucuk pimpinan TD bagi memastikan segala bentuk ancaman dapat dihapuskan sepenuhnya,” ujar PTD.

Perbarisan dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum diteruskan dengan perbarisan tempur yang terdiri daripada 28 pegawai dan 498 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Sempena perbarisan penghargaan ini, PTD turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat ke atas seorang pegawai dan 18 anggota LLP di bawah naungan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) serta mengadakan lawatan kebajikan terhadap enam waris yang terdiri daripada anggota dan ahli keluarga di bawah naungan 1 Div sebelum diakhiri dengan acara menandatangani Buku Lawatan.

Majlis penghargaan diteruskan lagi dengan Majlis Makan Malam Penghargaan serta penyampaian cenderahati di Dewan Bukavu, Kem Penrissen.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima 1 Div, Mej Jen Hassan Embong, Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab, Asisten Ketua Staf Perisikan, Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online