Semasa

Panglima AT 450 Lawat OP PASIR SELATAN

SABAH: Panglima Angkatan Petugas 450 (AT 450), Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat melakukan lawatan ke KTJ OP PASIR bagi menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada semua trup AT 450 yang sedang melaksanakan tugas operasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Jun 2017.

Beliau telah melawat lima pos pulau iaitu Pulau Pandanan, Mataking, Kapalai, Siamil dan Danawan.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua anggota untuk sentiasa mengambil tahu perkembangan konflik di Marawi, Filipina bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kewaspadaan di semua pos hadapan.

Selain itu, beliau turut meminta semua anggota supaya mengangap pengorbanan menjaga keselamatan dan berjauhan dari keluarga terutama ketika musim perayaan sebagai amal jariah yang tidak memerlukan balasan.

Panglima turut menyampaikan beg hari raya kepada semua anggota yang bertugas semasa hari raya.

Turut serta adalah Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online