Bersama PemimpinSemasa

PTD Meraikan Ambang Syawal Di 8 Bgd

KELANTAN: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta meninjau persiapan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) di Kem Pengkalan Chepa pada 21 Apr 2023.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan takbir raya di Masjid As-Solihin bersama warga 8 Bgd.

PTD kemudian diiring ke Padang Kawad 8 Bgd bagi sesi beramah mesra secara sidang video bersama pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online