Bersama Pemimpin

Perbarisan Menjunjung Kasih SPB Agong XVI

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hjh Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih SPB YDP Agong XVI di Dataran PTD pada 8 Jan 2024.

Perbarisan terdiri daripada 10 detasmen berkekuatan seramai 40 pegawai dan 888 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Lt Kol Azrol Ariffin Shah yang diiringi oleh Pancaragam Gabungan Pusat ATM dan Brassband Wanita Rejimen Semboyan Diraja.

Perbarisan penuh istiadat ini juga melibatkan perarakan lima Panji-Panji Agong iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Panji-Panji Rejimen Renjer Diraja (RRD), Panji-Panji Kor Armor Diraja (KAD), Panji-Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istiadat perbarisan ini merupakan satu istiadat penuh gilang-gemilang sempena tamat tempoh pemerintahan KDYMM SPB YDP Agong XVI dan tanda penghormatan serta ketulusan hati warga ATM merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM SPB YDP Agong XVI selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Selain itu, perbarisan ini turut melibatkan peragaan statik aset pertahanan daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Terdahulu, keberangkatan tiba pasangan diraja disambut dengan alunan lagu Negaraku serta 21 das tembakan meriam kehormatan dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (41 Bti RAD) disusuli terbang lintas hormat lima buah helikopter ATM yang membawa Jalur Gemilang dan ketiga-tiga bendera perkhidmatan.

Dalam titahnya, baginda menyeru kepada barisan kepimpinan ATM untuk terus meningkatkan aspek pemerintahan dan kawalan serta nilai profesionalisme agar ATM terus kekal lestari sebagai benteng utama pertahanan negara.

Baginda turut berharap ATM melangkah ke hadapan dan terus diperkasa agar ianya sejajar dengan matlamat negara untuk membentuk sebuah Angkatan Masa Hadapan yang berkeupayaan melindungi kedaulatan serta menghindari cabaran geostrategik dunia yang begitu kompleks.

Istiadat perbarisan diakhiri dengan acara Street Lining yang diiringi 14 ekor kuda daripada Skuadron Istiadat Berkuda Tentera Darat sebagai tanda penghormatan kepada KDYMM SPB YDP Agong XVI dan Raja Permaisuri.

Turut hadir, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan TUDM.

Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online