Bersama PemimpinMK TDSemasa

Serah Terima Tugas AKS Perisikan

KUALA LUMPUR: Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan menyaksikan acara Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan Markas Tentera Darat (MK TD) di antara Brig Jen Abu Hashim Jamaludin dan Kol Abdul Rahman Muhammad Salim bertempat di Auditorium Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada 26 Feb 2024.

Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota sebagai simbolik penyerahan tugas dimana Kol Abdul Rahman Muhammad Salim sebagai Pemangku AKS Perisikan berkuatkuasa 26 Feb 2024.

Brig Jen Abu Hashim Jamaludin merupakan AKS Perisikan Ketujuh yang akan melanjutkan pengajian di National Defence College, National Defence Studies Institue, Bangkok, Thailand.

Turut hadir, Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mej Jen Datuk Abdul Rahman A.Wahab, Pengarah Kor Risik Diraja, Brig Jen Mohd Raslam Hj Dollah, Ketua Pengarah Sekretariat Tentera Darat, Brig Jen Mohd Rosli Abu Bakar dan Ketua Pengarah Operasi dan Latihan (OPLAT) Markas Tentera Darat (MK TD), Brig Jen Isa Daud.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online