Covid19SemasaTentera Bersama Rakyat

1 RRD dan 91 Rej Bantuan RAJD Pasang Kawat Duri

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) telah mengatur gerakkan seramai 90 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) bagi pemasangan kawat duri melibatkan dua lokaliti iaitu di Taman Bukit Angkasa dan PPR Pantai Ria pada 30 Jun 2021.

Setelah membuat penilaian risiko wabak COVID-19 bersama pelbagai agensi dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 1 hingga 14 Jul 2021 susulan kes positif yang mendadak di penempatan tersebut.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Atur gerak ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam di mana kerjasama yang dijalinkan mampu meningkatkan tahap kebolehupayaan dan kepatuhan masyarakat dalam bekerjasama bersama petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online