Bersama PemimpinLawatanMK Latihan & DoktrinSemasa

MK PLDTD Terima Lawatan Ulung PTD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan melaksanakan Lawatan Ulung ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) di Kem Segenting pada 5 Apr 2024.

Sejurus tiba di Padang Kawad Kem Segenting, beliau diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat lalu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada pasukan-pasukan di bawah Formasi PLDTD.

Seterusnya, PTD dibawa ke Bilik Mesyuarat Si Rusa bagi mendengar taklimat mengenai perkara G, A dan Q yang disampaikan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mohktar sebelum menandatangani Buku Lawatan.

Selanjutnya, PTD berkesempatan meluangkan masa menghadiri sesi dialog bersama Pegawai Kadet Akademi Tentera Darat (ATD) di Auditorium Sebatang Karah di mana beliau turut memberikan sumbangan kepada PRM Ahmad Dhiyauddin Ahmad Khairi yang telah tercedera pada tangan kanan ketika melaksanakan latihan menembak.

PTD dan isteri, Puan Sri Datin Hartiah Hamzah mengakhiri sesi lawatan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga PLDTD di perkarangan Surau An-Nur, ATD serta menyampaikan sumbangan kepada 57 orang golongan asnaf, 19 saudara baharu dan tiga penerima zakat ATM sebelum menyempurnakan letupan meriam buluh sebagai simbolik penutup majlis.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online