4 DivBersama PemimpinSemasa

Serah Terima Panji-panji Rejimen 1 RRD dan 6 RRD

KUALA LUMPUR:  Seramai 16 pegawai dan 280 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dan Batalion Keenam RRD terlibat dalam Istiadat Perbarisan Serah Terima Panji-panji Rejimen kedua-dua pasukan yang disempurnakan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) merangkap Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD,) Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar  bertempat di Padang Kawad 1 RRD pada 18 Ogos 2016.

Perbarisan dimulakan dengan acara yang begitu simbolik dan bersejarah  iaitu pertukaran Panji-Panji Rejimen yang mana Pegawai Memerintah  1 RRD, Lt Kol Irwan Ibrahim dan Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Mohd Adlie Mohamad  saling bertukar Panji-Panji.

Objektif utama perbarisan istiadat yang bersejarah ini adalah merupakan ketetapan TD dalam rancangan perpindahan silang di antara 1 RRD yang berpangkalan di Johor bertukar dengan 6 RRD yang berpangkalan di Kuala Lumpur disamping menyeragamkan tugas dan peranan pasukan-pasukan dalam RRD terhadap penugasan rejimental serta istiadat yang mana TD berpendapat adalah sesuai untuk 1 RRD menggalas tanggungjawab terhadap penugasan rejimental selaku pasukan terkanan di dalam RRD.

Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hasaan dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online