4 DivSemasaSukan

KRD Juara Bola Jaring TD

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Jaring Kor Risik Diraja (KRD) berjaya mengekalkan kegemilangannya dalam Kejohanan Bola Jaring Antara Kor/Rejimen Tentera Darat (TD) 2016 apabila muncul juara selama lapan tahun berturut-turut mengalahkan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dengan keputusan 30 berbalas 16 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Wardieburn pada 18 Ogos 2016.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring TD bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berkebolehan dalam sukan bola jaring agar mereka dapat dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Bola Jaring ATM, Brig Jen Suriakala Suriabagavan dengan menyampaikan Piala kepada pasukan  KRD disertai dengan  Penjaring Gol Terbanyak iaitu Mej Sharifah Monalisa Syed Hazam dan Pemain Terbaik keseluruhan Kpl Norina Jumaat Zul yang mana kedua-duanya dari pasukan KRD.

Dalam ucapan Pengerusi Persatuan Bola Jaring ATM, beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah Persatuan Bola Jaring TD yang telah berjaya menganjurkan kejohanan bersama ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

“Saya percaya bukan mudah untuk menubuhkan satu pasukan bola jaring dengan kekangan masa dan komitmen terhadap kerjaya yang terpaksa dipenuhi dan dalam masa yang sama menjalani latihan untuk menyertai kejohanan,”ujar beliau.

Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Makmun Hj Ridzuan, Inspektor Jeneral BSPP, Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad dan Pengerusi Persatuan Bola Jaring TD, Kol Baharudin Jamin.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button