3 DivSemasa

Malam Akrab Terapkan Semangat Ketenteraan

MELAKA: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim hadir dalam Majlis Makan Malam Akrab sempena Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) 2016 bertempat di Hangar Markas 3 Div pada 18 Ogos 2016.

Majlis dimulakan dengan gimik tembakan oleh PMBTD menandakan tamatnya pertandingan UKMTD 2016 dan seterusnya ucapan dari Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah yang mewakili tuan rumah.

Dalam ucapan Panglima 3 Div, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kejohanan yang terlibat dan sudah menjadi adat bertanding pasti ada yang menjadi juara dan sudah pasti juga ada yang tewas.

“Sesungguhnya kejohanan ini merupakan salah satu platform bagi pasukan dibawah naungan masing-masing untuk menonjolkan bakat serta kebolehan peserta, kemenangan bukanlah penentu segalanya dan bukanlah penamat kepada yang tewas kerana secara tidak langsung mampu mencungkil bakat peserta yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili ATM dan negara,” tegasnya.

Turut hadir Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dan Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online