Bersama PemimpinPenghargaanSemasaTrup TDTrup TD

GGK Bertukar Tampuk Pemerintahan

JOHOR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) di antara Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah dan Brig Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, selaku Panglima 21 GGK yang baharu bertempat di Padang Kawad Markas 21 GGK, Kem Iskandar, Mersing, Johor pada 10 Mei 2024.

Dalam ucapan TPTD, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya kepada Tentera Darat (TD) amnya dan GGK khasnya.

Mengimbau keperibadian mantan Panglima 21 GGK, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah telah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Jul 1983 dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 11 Jul 1985.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting antaranya Ketua Skuadron Yankee di 21 Rejimen Gerak Khas (21 RGK), Pegawai Memerintah 22 RGK, Komander Malaysian Contingent (MALCON) West 3 di bawah misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Trup di Rejimen 11 RGK, Ketua Trup Skuadron PANDURA, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), dan Ketua Staf Am Markas 21 GGK.

Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah akan menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei 2024 setelah 40 tahun sembilan bulan menabur bakti di dalam ATM dan jawatan terakhirnya sebagai Panglima 21 GGK Ke-16 bermula pada 20 Jul 2020.

Seterusnya, majlis disusuli dengan jamuan makan serta penyampaian cenderahati sebelum diakhiri dengan acara Street Lining sebagai simbolik penghargaan kepada Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.

Turut hadir, Ketua Staf Perkhidmatan Markas 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhamad dan pegawai kanan MK 21 GGK.

Gambar : LKpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online