LatihanSemasa

Latihan Combined Arms Gap-Crossing dan CBRNe Capabilities Pertingkat Kesiagaan TD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Latihan Combined Arms Gap Crossing serta keupayaan Chemical Biological Radioactive Nuclear and Explosive (CBRNe) di Kolam Latihan Tactical Manouevre Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (4 Skn RAJD Jn) pada 23 Nov 2020.

Latihan ini bagi melihat kesiagaan serta keupayaan tempur dan operasi aset Tentera Darat serta memastikan aset dan anggota berada dalam kesiagaan yang tinggi dan mampu diatur gerak pada sebilang masa.

Terdahulu sebaik ketibaan PTD, beliau diberi taklimat berkenaan latihan dan juga tahap kesiagaan 4 Skn RAJD (Jn) oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ali Zakafri Hj Ab Aziz.

Latihan ini terdiri daripada Latihan Operasi Penyeberangan Halangan serta penglibatan Kepakaran CBRNe yang melibatkan aset-aset TD seperti Malaysian Infantri Fighting Vehicle (MIFV) dari 14 RAMD (Mek), Kenderaan Perisai Gempita (AFV) 3O dari 2 KAD, Kenderaan Perisai Gempita (AENBCRV) dari 12 Skn RAJD (Jn) (CBRNe) dan Tactical Floating Bridge (TFB) dari 4 Skn RAJD (Jn).

Disamping itu, latihan turut diisi dengan beberapa aspek kepakaran 4 Skn RAJD menggunakan jambatan antaranya adalah penyeberangan secara tergesa-gesa, penyeberangan secara terancang dan juga penyeberangan ketika pengunduran.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan dan Komander Jurutera Medan Barat, Brig Jen Ir Abdul Hamid Mohd Isa.


Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli dan Saifun Hakimi Zainon

« 1 of 2 »

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button