Semasa

BAKAT Darat Raikan Ahlinya

KUALA LUMPUR: Seramai 120 Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat hadir dalam Majlis Sekalung Budi Setulus Kasih anjuran BAKAT 4 Div yang disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof di Rumah BAKAT Darat pada 20 Apr 2017.

Objektif utama majlis diadakan adalah untuk meraikan enam ahli mantan BAKAT Darat yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang penglibatan mereka dalam BAKAT Darat di samping mengukuhkan hubungan kemesraan sesama ahli.

Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada mantan ahli BAKAT Darat di atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang berkecimpung di peringkat BAKAT Darat mahupun di peringkat BAKAT ATM.

Turut hadir Naib Pengerusi 1 BAKAT Darat, Datin Rashidah Abd Rahim, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim dan wakil Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Darat.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online