Bersama PemimpinLatihanSemasa

ASET RAD GEGARKAN TANJUNG HANTU

PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyaksikan latihan Tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dalam Eksesais LEMBING SAKTI di Tanjung Hantu, Lumut pada 30 Mei 2024.

Eksesais ini merupakan latihan tahunan Briged Artileri Roket (Bgd Arti Roket) yang dilaksanakan sejak tahun 2003 berkonsepkan pertahanan pantai dan perlaksanaan ujian tembakan Complete Round Proof (CRP) bagi Roket SS 40 dan tembakan Roket SS 40, Roket SS 30, dan tembakan menggunakan Base Bleed dari Meriam 155 mm G5 MK III serta melaksanakan penjejakan ke atas tembakan roket di tapak menembak Tanjung Hantu dengan Radar ATHUR dari 61 RAD.

Selain itu, Eksesais LEMBING SAKTI ini juga menguji dan menilai kompetensi pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dalam melaksanakan tembakan roket hidup dan tahap kesiagaan pasukan yang mana turut dibantu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi penguatkuasaan awam setempat dalam keselamatan latihan.

Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut dan menerima ucapan aluan oleh Panglima Briged Arti Roket, Brig Jen Mohd Tawil Hj Daud kemudian diteruskan dengan taklimat latihan oleh Pegawai Memerintah Rejimen Ke-51 Artileri Diraja (51 RAD), Lt Kol Rasman Ramlai seterusnya menyaksikan latihan tembakan SRLB ASTROS II dan Meriam 155 mm G5 MK.

Acara diteruskan lagi dengan sesi tembakan dari tetamu jemputan bagi merasai sendiri pengalaman melaksanakan tembakan Roket SS-30 dan diakhiri dengan tembakan Meriam 155 mm G5 MK III.

Sebanyak tujuh butir peluru 155 mm yang terdiri daripada tiga peluru ILLUM dan empat peluru Smoke ditembak di mana tembakan ini dilaksanakan untuk menguji keupayaan Base Bleed yang telah berada di dalam inventori Tentera Darat (TD) sejak tahun 2001 dan ini adalah kali pertama ianya ditembak.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online