Bersama Pemimpin

28 Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan tahniah kepada para pegawai yang dinaikkan pangkat dan berpesan bahawa kenaikan pangkat ini bukanlah satu kelebihan tapi ianya hadir bersama amanah dan tanggungjawab

“Amanah yang diberikan kepada kita bukan sahaja ke atas kapasiti ataupun jawatan yang disandang tetapi sebagai pemegang amanah kepada formasi atau pasukan,” pesan PTD.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat melibatkan seramai 28 pegawai bertempat di Wisma Perwira TD pada 29 Mei 2024.

Acara didahului dengan pemakaian pangkat Mej Jen kepada Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) dan Brig Jen Dato’ (Dr) Rushdi Abdullah yang dilantik sebagai Pengarah Perubatan, Мarkas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (MK АТМ – ВРК).

Seterusnya, sembilan pegawai dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen termasuk seorang Brig Jen (Sukarela), manakala 15 pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol dan dua pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol (Sukarela) dan Lt Kol (Kehormat).

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online