Bersama PemimpinSemasaTrup TD

GGK Titik Beratkan Latihan, Kesiapsiagaan Misi dan Amanah

 JOHOR: Seramai 118 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Gerup Gerak Khas (GGK) melakukan latihan berkonsepkan penerjunan statik dan bebas yang turut disertai oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) Ke-17, Mej Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab di Markas 21 GGK, Kem Iskandar pada 14 Mei 2024.

Latihan seperti ini merupakan latihan tahunan yang dilaksanakan oleh warga GGK untuk meningkatkan kompetensi semua anggota terutamanya yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus.

GGK sentiasa menitik beratkan latihan sebagai perkara paling utama maka latihan ini akan diteruskan demi memastikan pegawai dan anggota sentiasa bersiap sedia dalam melaksanakan misi dan amanah.

Penerjunan statik dilaksanakan di sekitar Pantai Pasir Landa manakala penerjunan bebas dilaksanakan pada ketinggian 10,000 kaki di Padang Kawad MK 21 GGK menggunakan pesawat C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pesawat dari 20 Skuadron ini telah diterbangkan oleh Mej Mohd Aliff Samsuddin TUDM dibantu pembantu Juruterbang, Kapt Muhammad Hazim Mohd Nor TUDM, Juruarah Udara, Kapt Muhammad Firdaus Osman, Jurutera Penerbangan, Lt Muhammad Abdul Afiq Abdul Mutalib TUDM serta loadmaster pesawat, PW U ll Wahiyudin Wahid dan Sjn U Muhammad Ramdan Mastor.

Setelah mendarat di Drop Zone, Panglima 21 GGK disambut oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Kanan GGK di Padang Kawad 21 GGK.

Acara diteruskan dengan demonstrasi penyusupan dan serangan yang diakhiri dengan perletakan bendera di Pejabat Panglima 21 GGK sebagai simbolik hari pertama memulakan tugas.

Beliau kemudian menghadiri jamuan makan serta penyampaian logo kepala harimau kepada semua Pegawai Memerintah Tempur sebagai simbolik penyampaian kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir, Ketua Staf Perkhidmatan Markas 21 GGK, Brig Jen Samsyawal Muhamad dan pegawai kanan MK 21 GGK.

Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Lkpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online