Semasa

PMBTD Bertukar Pemerintah

KUALA LUMPUR: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menyerahkan tugas dan tanggungjawab dalam menerajui Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) kepada PMB TD baharu iaitu Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri yang disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Dataran PTD pada 6 Sep 2023.

Perbarisan Serah Terima Tugas yang terdiri daripada 43 pegawai dan 1,019 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini disempurnakan dengan acara simbolik menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa oleh kedua-kedua pihak sebelum diakhiri dengan acara bergambar.

Turut hadir, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Abdul Rashid dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Anuar Abdul Wahab.

Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir & Pbt Nik A

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online