Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Mantan SMR ATM Pertama Bersara

KUALA LUMPUR: Mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pertama, PW I Hayazi Abdul Aziz telah diraikan dalam satu upacara perbarisan statik melibatkan seramai 212 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada detasmen MK ATM, MK TD, MK TLDM dan MK TUDM bertempat di Padang Kawad Garison KL pada 7 Jun 2024.

Perbarisan ini diadakan bagi menghargai segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 19 Sep 2024 setelah berkhimat selama 31 tahun lima bulan sembilan hari dalam ATM.

Terdahulu, ketibaan PW I Hayazi Abdul Aziz disambut oleh SMR ATM, PW I Shahamrie Abdullah dan seterusnya melakukan pemeriksaan perbarisan dengan diiringi SMR MK TD – Jabatan Arah Infantri, PW I Irwan Shah Dujal selaku Ketua Perbarisan.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua anggota untuk bekerjasama meneruskan budaya kerja yang cemerlang, menghindari perilaku negatif, menjadi teladan yang baik, memahami ikrar Kesatria dan memberi komitmen kepada SMR ATM yang baharu.

Menelusuri latar belakang PW I Hayazi Abdul Aziz, beliau memulakan kerjaya di dalam TD dengan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan di Pusat Latihan Rekrut pada 10 Apr 1993 sebelum ditempatkan di Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (9 RAMD (Para)) dan sejak itu beliau dididik sehingga menjadi seorang anggota tentera yang terlatih.

Pada 17 Ogos 2006, beliau telah diberikan kepercayaan oleh pimpinan TD untuk menjawat jawatan sebagai SMR 1 RAMD (Istiadat) dan seterusnya menjawat jawatan SMR di beberapa unit serta formasi seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD), SMR Kor Infantri, SMR TD dan yang terakhir sebagai SMR ATM yang pertama.

Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan jamuan makan, tayangan video montaj dan sesi penyampaian cenderahati di Dewan Seroja yang turut dihadiri oleh Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan ke atas PW I Hayazi Abdul Aziz.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online