SemasaTrup TD

Kolaborasi Tentera Dan Awam Dalam Gotong Royong Perdana

MELAKA: Kolaborasi erat di antara pihak tentera meliputi Kem Terendak dan Kem Sg Udang bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan JAPERUN Sg Udang, direalisasikan dalam Program Gotong Royong Perdana RKAT Desa Tun Razak, Sg Udang pada 1 Apr 2018.

Kerja-kerja pembersihan kawasan yang bermula seawal jam 8 pagi disertai oleh hampir seramai 550 penghuni turut mendapat bantuan dan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sg Udang dan kontraktor pembersihan di kawasan Sg Udang.

Memeriahkan acara ialah kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Utama Ir Idris Haron, yang turut menanam pokok bersama Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah sebagai simbolik perasmian program ini.

Turut hadir Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhamad Fauzi Tengku Ibrahim, Komander Artileri Divisyen 3 Div, Brig Jen Ahmad Abu Bakar dan Pemerintah 94 HAT, Brig Jen Dato’ (Dr) Rawi Nordin.

Gambar: Sel PR MK 3 Div dan Sel Risik MK 10 Bgd (Para)

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online