KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif SME Ordnance Sdn Bhd Jen Tan Sri Mohd Shahrom Dato’ Hj Nordin (Bersara) menyerahkan Replika Senjata Colt M4 Carbine mewakili 30 laras senjata kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 9 Sep 2015.
Tujuan penyerahan dan penerimaan senjata tersebut adalah untuk kegunaan Tim Menembak TD dan seterusnya PTD menyerahkannya pula kepada Panglima Markas Latihan Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki.
Turut hadir AKS P&P Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal, AKS OPLAT Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafaor.