SABAH: Seramai 200 anggota tentera dari 13 Bgd (ESSCOM) bersama 300 warga Kg Telisai telah menyertai Program Jiwa Murni dengan usahasama Pejabat Daerah Lahad Datu dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tungku di Kg Telisai, Lahad Datu pada 25 Nov 2017.
Program dimulakan pada jam 0700 pagi dengan aktiviti senamrobik diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu En Iman Ali dan Panglima 13 Bgd (ESSCOM), Brig Jen Hamdan Ismail.
Acara diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjil Ar-Badrul, Tanah Perkuburan Kg Telisai, Dewan Panglima Nalaja, Tabika Kemas Telisai dan SK Telisai.
Disamping itu, 13 Bgd (ESSCOM) melaksanakan aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan oleh Komp B, 1 Bn Ubat, pameran senjata dan demonstrasi memasak RTBK oleh 18 RAMD (Para) serta pameran MIFV oleh 14 RAMD (MEK).
Acara diteruskan dengan perlawanan persahabatan bola tampar di antara 13 Bgd (ESSCOM) bersama penduduk Kg Telisai pada jam 1600 petang yang telah dimenangi oleh Kg Telisai.
Penduduk Kg Telisai menganjurkan Majlis Ramah Mesra pada jam 2000 malam. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Persembahan Koir oleh kumpulan Irama Desa Telisai, cabutan bertuah, persembahan tarian kebudayaan oleh penduduk Kg Telisai bersama warga 13 Bgd (ESSCOM) dan sesi karaoke.
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang digariskan. Ianya juga memberi suntikan semangat patriotik dikalangan penduduk setempat terutamanya daripada golongan belia dan kanak-kanak.
Disamping itu juga, ia telah merapatkan hubungan silaturahim di antara penduduk setempat bersama warga Tentera Darat berlandaskan slogan ‘Tentera dan Rakyat, Berpisah Tiada’.