KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi melakukan Kunjungan Hormat ke atas DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertempat di Istana Negeri Sembilan pada 20 Mei 2019.
Dalam kunjungan hormat tersebut PTD turut menyampaikan cenderhati buat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta turut memberikan Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD).
Turut mengiringi PTD ialah Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar.
Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang